WALI HAKIM

SIRI 2: Permohonan Wali Hakim

Pengertian “wali” adalah teman karib, pemimpin, pelindung atau penolong yang terdiri daripada waris lelaki di sebelah pihak perempuan (pengantin perempuan). Wali merupakan salah satu rukun dalam akad nikah serta salah satu syarat sah nikah. Hadis Nabi Riwayat Al-Khamsah dan An-Nasa’i menyatakan: “Dari Abi Musa r.a. Rasulullah saw bersabda: Tidak ada nikah melainkan adanya wali”.

 

SUSUNAN KEUTAMAAN TERTIB WALI:      

  1. Bapa kandung
  2. Nenek lelaki sebelah bapa ke atas
  3. Saudara lelaki seibu sebapa
  4. Saudara lelaki sebapa
  5. Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
  6. Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
  7. Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
  8. Bapa saudara sebelah bapa sebapa
  9. Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa kebawah
  10. Anal lelaki bapa saudara bapa sebelah bapa sebapa ke bawah
  11. Bapa saudara bapa seibu sebapa
  12. Bapa saudara bapa sebapa
  13. Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
  14. Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
  15. Bapa saudara nenek lelaki seibu sebapa
  16. Bapa saudara nenek lelaki seibu sebapa
  17. Bapa saudara nenek lelaki sebapa
  18. Anak lelaki bapa saudara nenek lelaki seibu sebapa ke bawah
  19. Anak lelaki bapa saudara nenek lelaki sebapa ke bawah
  20. Sultan (wali raja)

 Mengikut susunan keutamaan tertib wali, bapa merupakan wali bagi perkahwinan anak perempuannya dan hak wali akan berpindah seperti susunan di atas apabila seseorang wali meninggal. Dalam situasi bakal pengantin perempuan, tidak mempunyai wali maka ia akan dinikahkan secara wali hakim. Rasulullah saw bersabda: “Maka Sultanlah yang menjadi wali bagi sesiapa yang tidak mempunyai wali”(Riwayat At-Tirmizi dan Abu Daud)   

 

Ulama’ membahagikan wali kepada dua peringkat; iaitu wali nasab dan wali hakim atau disebut juga sebagai wali raja.

 

Wali nasab ialah orang yang mempunyai pertalian keturunan dengan seseorang perempuan yang bakal berkahwin, seperti bapanya, datuknya dan lain-lain.

 

WALI HAKIM ATAU WALI RAJA

Menurut Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, Seksyen 2 (1) Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan agong dalam hal Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja dalam hal sesuatu negeri lain untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali dari nasab.

Wali Hakim ialah Sultan atau Raja beragama Islam yang bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tiada wali. Kuasa sebagai Wali Hakim atau Wali Raja ini diserahkan kepada kadi-kadi atau Pendaftar-Pendaftar Nikah untuk bertindak sebagai wali hakim.

Setiap wali sama ada wali nasab atau wali hakim hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Seorang yang beragama Islam,
  2. lelaki,
  3. sempurna umur baligh,
  4. berakal serta waras fikirannya,
  5. bebas merdeka,
  6. bersifat adil,
  7. tidak berada di dalam ihram Haji atau `Umrah, dan
  8. tidak pula dipaksa untuk menjadi wali.

Bakal Pengantin perempuan berhak untuk mendapatkan wali hakim melalui permohonan wali di Mahkamah Syariah sekiranya berada di antara situasi berikut:

  1. Tidak ada Wali Nasab
  2. Anak Tidak Sah Taraf atau Anak Angkat
  3. Wali yang ada tidak cukup syarat
  4. Wali Aqrab menunaikan Haji atau Umrah
  5. Wali Enggan
About these ads

2 thoughts on “WALI HAKIM

  1. salam…saya berumur 27 tahun dan sudah kematian ayah pada 10 november 2011…saya mempunyai 3 abang…yang kesemuanya tidak rapat dan sering bergaduh sesama adik beradik, mengapi-apikan satu sama lain, dan saya turut terlibat dalam pergaduhan hingga melibatkan kes polis apabila salah seorang abang sanggup mengacukan parang di kedua dua belah tangannya kepada saya pada hari raya aidilfitri tahun 2012…sekarang saya ingin berkahwin dan sudah menyatakan hasrat kepada emak…emak mendiamkan diri tentang perkara ini…apa patut saya lakukan..ini adalah kali kedua pilihan saya…kali pertama telah ditolak dengan alasan emuda berkenaan tidak mempunyai aqidah…tuduhan ini telah didakwa oleh abang yang terlibat dalam kes polis tadi…manakala pilihan kedua ini adalah pilihan emak.

    • Assalamualaikum Cik Anis,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami. Pihak kami akan menghubungi puan dengan kadar yang segera. Mohon puan untuk meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi puan ataupun puan boleh menghubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang atau nasihat ataupun terus merujuk kepada Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes dengan lebih jelas.

      Sekian Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s