MENDIDIK ANAK DENGAN CARA MEMUKUL: ADAKAH EFEKTIF?

Memukul anak dengan tujuan mendidik didefinisikan dengan pukulan yang tidak meninggalkan sebarang kesan lebam mahupun luka dan pukulan yang tidak dilakukan ke bahagian-bahagian sensitif badan anak.

Memukul anak seakan sudah menjadi kebiasaan dan salah satu cara ibu-bapa mendidik anak lebih-lebih lagi apabila anak ‘mengamuk’ atau temper tantrum.

Di negara Barat, perdebatan tentang boleh atau tidak memukul anak tidak sampai penghujungnya. Pakar-pakar psikologi dan kajian secara amnya mengatakan bahawa memukul anak boleh memberi kesan negatif kepada anak.        

3 kajian utama yang terlibat secara langsung dalam isu ini adalah:

  1. Dijalankan oleh Lisa J. Berlin yang diterbitkan dalam Child Development Journal. Beliau menganalisa perkaitan pukulan dan keupayaan kognitif (pembelajaran). Hasil kajian beliau mendapati kanak-kanak yang dipukul ketika berusia 1 tahun adalah lebih agresif dan memiliki keupayaan kognitif yang lebih rendah berbanding kanak-kanak yang tidak dipukul.
  2. 2 kajian dijalankan oleh Murray Straus yang diterbitkan dalam Journal of Aggression, Maltreatment and Trauma. Hasil kajian beliau mendapati kanak-kanak yang tidak dipukul ketika berusia 2 – 4 tahun memiliki keupayaan kognitif yang lebih tinggi selepas 4 tahun berbanding kanak-kanak yang dipukul.

Kajian-kajian ini walaubagaimanapun tidak benar-benar berjaya membuktikan wujudnya kesan negatif apabila anak dipukul kerana wujudnya banyak faktor yang mempengaruhi pembesaran anak-anak seperti keadaan persekitaran. Kanak-kanak tersebut mungkin juga lahir dengan keupayaan kognitif yang rendah.

Pakar-pakar psikologi pula berpendapat memukul anak akan memberi kesan berikut:

  1. Anak akan model perbuatan tersebut dan memukul orang lain.
  2. Merendahkan nilai diri anak.
  3. Merendahkan nilai diri ibu bapa.
  4. Boleh membawa kepada penderaan.
  5. Memukul tidak mengubah sikap anak sebaliknya menyebabkan anak lebih agresif.
  6. Menaikkan kemarahan anak dan ibu bapa.
  7. Wujud memori buruk dalam pemikiran anak.
  8. Melahirkan rasa takut dalam diri anak.

Dalam Islam, memukul anak dengan tujuan mendidik dibenarkan tetapi hanya sebagai solusi terakhir berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W:

“Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkan dari tempat tidur.”

Sebenarnya sama ada ingin memukul anak atau tidak adalah bergantung kepada asas pertimbangan ibu bapa sendiri. Fikirkan dahulu adakah anak akan berubah sikap sekiranya dipukul? Adakah memukul anak benar-benar berkesan?

Tips di bawah boleh memberi kesan yang lebih baik untuk menanggani masalah anak tidak dengar cakap atau mengamuk.

  1. Jangan pukul anak dalam keadaan marah. Tenangkan diri dahulu.
  2. Menasihati anak adalah lebih baik. Jika anak tidak mendengar nasihat, duduk supaya sama paras dengan pandangan mata anak dan pegang kedua-dua tangan anak sebelum menasihatinya.
  3. Alihkan anak daripada tempat asal dan asingkan diri daripada anak untuk tempoh 5 – 10 minit. Cara ini dikenali sebagai time out yang memberi masa kepada ibu bapa juga anak untuk bertenang.
  4. Fikirkan hukuman yang lebih sesuai daripada memukul anak. Contohnya membersihkan rumah, tak boleh menonton TV dan sebagainya.
  5. Bisikkan kata-kata nasihat ke telinga anak setiap hari sebelum tidur.
  6. Berdoa kepada Allah S.W.T supaya diberikan anak yang soleh.
  7. Mendidik atau menghukum anak secara konsisten. Peraturan yang sama mesti dipatuhi oleh setiap ahli keluarga.
About these ads

4 thoughts on “MENDIDIK ANAK DENGAN CARA MEMUKUL: ADAKAH EFEKTIF?

  1. Mendidik anak dengan cara memukul adalah tidak efektif….pada usia 1 2 tahun, kanak2 masih belum mempunyai akal…masih dalam proses mengenal benda2 sekeliling dan ingin mencuba menyentuh objek2 yg dilihatnya. sebagai orang tua…apatah lagi sebagi ibu,sudah tentu tidak sampai hati mendidik anak dgn cara kekerasan,wlupun ibu bekerja…tidak sepenuh masa di rumah,tidak semestinya dia tidak kisah dgn perihal anak2.Biar pun apa orang kata…hanya tuhan saja yg tahu naluri seorang ibu :)

  2. Artikal yang bagus terima kasih, jika kita ada duit baru bolih beri duit kepada anak kita, begitu juga jika kita sendiri memiliki sifat sabar, rajin, pemurah, penyayang dan lain-lain sifat baik, barulah kita bolih memberikan sifat itu kepada anak kita. memukul dan memarahi anak hanya akan memindahkan sikap dan sifat marah, ringan tangan memukul orang, sifat berputus asa dan lain-lain sifat buruk sesuai dengan pengalaman dari apa yang mereka rasai itu. Memukul hanya dibenarkan didalam keadaan tertentu saperti yang telah dinyatakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s