BAHAYA RADIASI DAN KESANNYA

Pengenalan Radiasi

Radiasi ialah proses di mana zarah-zarah bertenaga bergerak dalam medium atau ruang. Ada pelbagai jenis radiasi seperti sinar Ultraviolet (UV) dari matahari, infrared, gelombang mikro, gelombang radio dan radiasi pengion. Radiasi pengion adalah apabila zarah memiliki tenaga yang cukup tinggi sehingga menyebabkan terkeluarnya elektron daripada atom iaitu ion. Alpha particle, Beta particle, sinar x dan sinar gamma adalah contoh radiasi pengion.

Setiap hari manusia terdedah kepada radiasi pengion yang terdapat dalam cahaya matahari, bahan radioaktif yang tertimbus dalam tanah atau batu, radon, televisyen berwarna, bangunan, produk-produk agrikultur, lombong dan pembakaran arang. Perokok pula menerima dos radiasi lebih tinggi daripada radioisotop yang terkandung dalam rokok.

Radiasi juga digunakan untuk tujuan perubatan seperti x-ray, CT scan, mammografi dan PET scan. Dengan mengunapakai radiasi, doktor boleh mengenalpasti jenis penyakit dan lokasi sebenar penyakit untuk disesuaikan dengan rawatan terbaik. Rawatan Radiotheraphy pula digunakan untuk membunuh sel-sel kanser.

Pada 11 Mac 2011, seluruh dunia tergempar apabila terjadinya pencemaran radiasi berikutan loji nuklear yang tidak berfungsi akibat daripada gempa bumi dan tsunami. Pencemaran radiasi yang disebut sebagai krisis nuklear pernah terjadi di Chernobyl, Ukraine pada suatu ketika dulu di mana kesan radiasi masih wujud sehingga kini. Insiden kanser yang tinggi diikuti komplikasi kepada bayi yang lahir masih menghantui penduduk Chernobyl. Kesudahan di Jepun belum diketahui namun krisis radiasi yang berlaku sudah menghampiri tahap krisis radiasi di Chernobyl.

Radiasi pada Manusia dan Kesannya

Pendedahan kepada radiasi, sama ada daripada sumber semulajadi atau buatan manusia, dos tinggi atau rendah pasti ada kesan biologi kepada tubuh manusia.

Radiasi menyebabkan pengionan atom à kesan kepada molekul à kesan kepada sel à kesan kepada tisu badan à kesan kepada organ à kesan kepada tubuh badan

Sel yang lebih sensitif akan lebih terkesan daripada pendedahan kepada radiasi. Sel yang sensitif adalah sel yang membiak atau membahagi dengan kerap dan mempunyai kandungan oksigen yang tinggi. Sel yang jarang membahagi atau membiak dan sel yang rendah kandungan oksigen kurang terkesan dengan radiasi.

Sel yang paling sensitif adalah limfosit (sel darah putih) dan sel-sel yang menghasilkan darah manakala sel yang paling kurang sensitif pula ialah sel saraf dan otot. Organ yang paling sensitif ialah organ yang menghasilkan darah diikuti organ pembiakan dan kulit manakala organ yang kurang sensitif ialah otot dan otak.

Sensitifnya organ adalah berdasarkan sensitifnya sel. Sel yang terdedah kepada radiasi sama ada pulih, mati atau bermutasi. Sel yang bermutasi sekiranya terus membahagi atau membiak akan membawa kepada tumor atau kanser.

Kesan radiasi adalah berbeza bagi setiap individu berdasarkan faktor-faktor berikut:

  1. Jumlah dos radiasi
  2. Jenis sel yang terdedah kepada radiasi
  3. Jenis Radiasi
  4. Usia individu yang terdedah kepada radiasi
  5. Peringkat pembahagian sel kepada radiasi
  6. Bahagian badan yang terdedah kepada radiasi
  7. Kesihatan individu yang terdedah kepada radiasi
  8. Jumlah tisu badan yang terdedah kepada radiasi
  9. Tempoh masa terdedah kepada radiasi

 Individu yang menghidap penyakit berjangkit mungkin mengalami kesan yang lebih teruk berbanding individu yang sihat.

Kesan radiasi terbahagi kepada 2:

  1. Akut – apabila terdedah kepada dos yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat
  2. Kronik – apabila terdedah kepada dos yang rendah dalam tempoh masa yang lama

Dos radiasi yang tinggi berupaya membunuh sel manakala dos yang rendah merosakan atau mengubah sel. Berikut adalah kesan-kesan radiasi akut (NCRP Report No. 98, Guidance on Radiation Received in Space Activities) :

LD 50/60 ialah Lethal Dose di mana 50% orang yang terdedah kepada dos ini akan mati dalam tempoh 60 hari. Pada tahap 100 rad (Radiation Absorbed Dose) ke atas boleh mengakibatkan keguguran rambut, kulit terbakar dan masalah penglihatan.

Kesan radiasi apabila terdedah kepada dos radiasi yang rendah dalam tempoh yang masa yang lama (kronik):

Genetic – kesan yang dialami oleh anak-anak kepada individu yang terdedah kepada radiasi. Sperma atau ovum yang terdedah kepada radiasi boleh mengalami mutasi. Kesan utama tidak dapat dikenalpasti.

Somatic – kesan yang dialami oleh individu yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah kanser.

In-Utero – kesan yang dialami oleh bayi dalam kandungan yang terdedah kepada radiasi. Kesan utama adalah bayi dilahirkan tidak sempurna atau cacat.

Kesimpulannya, setiap individu perlu tahu tentang radiasi dan kesan-kesannya. Melihatkan krisis nuklear yang terjadi di Chernobyl dan Jepun, mungkin Malaysia perlu pertimbangkan pembinaan loji nuklear. Adakah Malaysia mampu menghadapi krisis seperti ini terjadi sedangkan Jepun sebagai negara dunia pertama juga menghadapi kesukaran.

Ironinya, apa yang terjadi ketika ini dipandang serius namun apakah penyelesaian yang telah dibuat bagi membantu masyarakat dunia? Sanggupkah kepimpinan yang ada hari ini duduk semeja membincangkan teknologi ini agar lebih mesra alam?

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s