MERANCANG KELUARGA: KAEDAH DAN PANDANGAN ISLAM

Perancangan keluarga merupakan kaedah mengawal kehamilan supaya kehamilan hanya berlaku pada masa yang dirancang oleh pasangan suami isteri dan pada kuantiti (jumlah anak) yang dikehendaki.

Perancangan keluarga penting kerana:

  1. Kesihatan ibu dan anak.
    • Ibu berusia 18 tahun ke bawah berisiko melahirkan bayi kurang berat badan atau susah melahirkan anak kerana pelviknya belum matang.
    • Ibu berusia 35 tahun dan ke atas berisiko melahirkan bayi cacat.
    • Ibu yang melahirkan lebih 5 anak berturut-turut tanpa menjarakkan 2 tahun berisiko mengalami pendarahan, kekurangan darah dan tekanan darah tinggi. Boleh membawa kepada kematian ibu dan anak.
  2. Menjamin penjagaan keluarga yang berkualiti dari segi masa dan tenaga.

Kaedah merancang keluarga:

1. Semulajadi:

    • Azal (Coitus Interuptus) – Ejakulasi dilakukan di luar faraj.
    • Masa Subur  – Mengelakkan persetubuhan ketika ovulasi (penetasan telur) berlaku, iaitu 14 hari sebelum haid yang akan datang. Ovum boleh hidup dalam tempoh 12 – 14 jam selepas ovulasi.

Ketahui masa subur:

      • mengira menggunakan kalendar berdasarkan kitaran haid selama 6 bulan.
      • suhu badan akan menurun ketika ovulasi sebanyak 0.1 – 0.2 ⁰C.
      • cairan dan lendiran faraj adalah pekat sebelum dan selepas ovulasi, menghalang kemasukkan sperma manakala ketika ovulasi, lendiran faraj adalah cair bagi membenarkan kemasukkan sperma.
    • Penyusuan susu ibu dalam jangka masa panjang – wanita yang menyusu tidak akan mengalami ovulasi.

2. Halangan:

    • Kondom
    • Alat Dalam Rahim (IUD)
    • Diafram – Liang lapik rahim yang akan menutup pintu masuk ke rahim
    • Servical cap

3. Hormon: Sama ada pil, implan atau suntikan – menghalang ovulasi, menyebabkan lendiran faraj menjadi pekat dan menjadikan ruang rahim tidak sesuai untuk penempelan benih.

4. Kimia: Spermisid dalam bentuk krim atau buih yang akan membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj.

5. Kekal:

    • Vasectomy – Saluran yang membawa sperma (vas deferens) diikat supaya air mani yang dikeluarkan tidak mengandungi sperma.
    • Bilateral Tubal Ligation – Tiub fallopian diikat supaya ovum tidak dapat melalui tiub ini.

Adakah perancangan keluarga dibenarkan dalam Islam?

Islam melihat anak itu sebagai rezeki dan pemberian Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Al-Kahfi Ayat 46 dan Surah An-Nahl Ayat 72:

“Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.” (Surah Al-Kahfi Ayat 46)

“Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?.” (Surah An-Nahl Ayat 72)

Atas sebab itu, Islam melarang membunuh atau menggugurkan anak atas sebab ekonomi (kemiskinan) sepertimana yang dinyatakan dalam Surah Al-An’am Ayat 151 dan Surah Al-Isra’ Ayat 31:

“Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) – yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.” (Surah Al-An’am Ayat 151)

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah Al-Isra’ Ayat 31)

Walaubagaimanapun, umat Islam diharuskan merancang keluarga sekiranya akan ada kemudaratan kepada ibu dan anak. Contohnya apabila ibu kerap hamil hingga boleh memudaratkan kesihatannya. Kaedah azal digunapakai pada zaman Rasulullah SAW untuk merancang keluarga namun kaedah-kaedah terkini dalam perancangan keluarga adalah dibenarkan dalam Islam kecuali kaedah kekal. Kaedah menghalang kehamilan secara kekal hanya dibolehkan sekiranya kehamilan seterusnya benar-benar memudaratkan ibu. Yang penting, walau apa jua kaedah perancangan keluarga yang digunapakai, ianya mestilah mendapat persetujuan kedua-dua pihak iaitu suami dan isteri.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s