TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.

Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan.

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna, 1999 tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut.

Sebelum penubuhan Tribunal, segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.

Memahami hakikat ini, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :-  

a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta; 

b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00; 

c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Batasan Bidang Kuasa

Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :- 

a)  yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian; 

b)  bagi mendapatkan kembali tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah; 

c)  yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-apa francais; dan 

d)  yang mengandungi pertikaian mengenai -

i.      hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;

ii.     nama baik (good will)

iii.    apa-apa hak dalam tindakan;

iv.    rahsia perdagangan atau harta intelek lain. 

e)  apabila mana-mana Tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang- undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.

Jenis-jenis Tuntutan Yang boleh Dikemukakan ke Tribunal

Mana-mana pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan beliau sebagai pengguna di bawah akta yang berbangkit daripada :-

a.      Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu :-

 i.      perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;

ii.      gambaran yang mengelirukan mengenai harga;

iii.      tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;

iv.      tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti -

         1)    selagi stok masih ada;

         2)    barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.

v.      menerima bayaran tanpa niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan;

vi.     kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.

b.   Keselamatan barang dan perkhidmatan :–

i.      standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;

ii.     standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan.

 c.      Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan  barang-barang :-

 i.      mengenai hakmilik;

ii.      mengenai kualiti boleh terima;

iii.      mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;

iv.      bahawa barang mematuhi perihal;

v.      bahawa barang mematuhi sampel;

vi.      mengenai harga munasabah;

vii.      mengenai pembaikan dan barang ganti.

d.     Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan :-

i.      mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;

ii.      mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;

iii.      mengenai masa siap munasabah;

iv.      mengenai harga munasabah.

e.      Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-

i.      mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;

ii.     mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan: 

iii.    mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;    

iv.    mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh  penggerenti.      

f.       Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-

i.      mengenai kualiti yang boleh diterima;

ii.     bahawa barang mematuhi;

iii.    mengenai pembaikan dan barang ganti. 

Tatacara Tuntutan

Tatacara mengenai pemfailan, pendaftaran dan pendengaran tuntutan di Tribunal telah ditetapkan di dalam Bahagian XII Akta serta Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 yang dibuat oleh Menteri di bawah Seksyen 122 Akta.

 Tertakluk kepada Akta ini dan Peraturan-Peraturan tersebut di atas, Tribunal juga boleh menerima pakai apa-apa tatacara yang difikirkannya patut dan wajar.

Award

Tribunal hendaklah, jika dapat dilaksanakan, membuat awardnya dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula di hadapan Tribunal.

Dalam pendengaran yang dijalankan, Tribunal boleh membuat satu daripada award yang berikut atau lebih :-

a)      supaya suatu pihak kepada prosiding itu membayar wang kepada mana-mana pihak yang lain;

b)      supaya barang dibekalkan atau dibekalkan semula;

c)      supaya barang yang dibekalkan atau yang dibekalkan semula kepada pengguna diganti atau dibaiki;

d)      supaya harga atau apa-apa balasan lain yang telah dibayar atau dibekalkan oleh pengguna atau mana-mana orang lain dibayar balik kepada pengguna atau orang itu;

e)      supaya sesuatu pihak mematuhi gerenti;

f)        supaya wang diawardkan untuk memberikan pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Pihak Yang Menuntut;

g)      supaya kontrak itu diubah atau diketepikan pada keseluruhan atau sebahagiannya;

h)      supaya kos (tidak melebihi RM200.00) untuk atau terhadap mana-mana pihak dibayar;

i)        supaya bunga dibayar di atas apa-apa jumlah wang atau award  kewangan pada kadar  tidak melebihi 8% setahun;

j)        bahawa tuntutan itu ditolak.

Penguatkuasaan Award

Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang direkodkan oleh Tribunal dan tiap-tiap award  yang dibuat dalam sesuatu prosiding adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu.   

Tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal hendaklah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak kepada prosiding di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di  tempat mana award diperolehi.

Penalti Jenayah Kerana Gagal Untuk Patuh

Mana-mana pihak yang gagal mematuhi award selepas 14 hari dari tarikh award dibuat oleh Tribunal adalah melakukan suatu kesalahan jenayah dan jika disabitkan bolehlah -

 a)  didenda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau  kedua-duanya;

 b) jika kesalahan itu berterusan pesalah boleh, sebagai tambahan kepada penalti di atas, didenda tidak melebihi RM1,000.00 bagi setiap hari atau sebahagian hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Untuk maklumat lanjut, layari: http://ttpm.kpdnkk.gov.my

About these ads

12 thoughts on “TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)

  1. salam..sy perlukan nasihat guaman di atas kecuaian catering di hari perkahwinan sy..tlg beri tunjuk ajar..hubungi sy 0122816499 – hakimi

    • Assalamualaikum En. Luqman, terima kasih kerana telah menghantar komen di blog SENADA.
      Aduan En. telah diberikan kepada pegawai yang bertugas iaitu Cik Shazreen Nadia, Pegawai undang-undang SENADA.
      Beliau akan menghubungi En Luqman dalam mana yang terdekat ataupun Encik boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab di talian
      03-8323100 ext- 1717. Sekian Terima kasih.

  2. Salam….saya cuma nak tahu jika cuti tanpa rekod boleh di ambil untuk menghadiri pendengaran di mahkamah tribunal pengguna? saya adalah penjawat awam dan seperti yang saya sedia maklum jika kes di bawa ke mahkamah sivil atau mahkamah2 yang lain seseorang penjawat awam di benarkan mengambil cuti tanpa rekod untuk hadir dalam pendengaran kes

    • Salam tuan,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami.Mohon tuan meninggalkan email atau nombor telefon atau encik boleh menghubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang dengan terus merujuk kepada Pegawai undang-undang SENADA, Cik Shazreen Nadia Binti Saaban di talian 03-8323 1000 sambungan 1717 atau melalui email shazreen@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap puan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian

      • Terimakasih kerana memberi respon keatas pertanyaan saya. Saya boleh di hubungi melalui talian 0168401973 dan email saya jamesqeh@gmail.com. Fakta kes mengenai kontraktor yang gagal menyiapkan rumah saya dan telah mengelapkan wang saya . Pendengaran kes di tribunal pengguna kota kinabalu pada hujung january 2013 ini. Mohon dapat memberi jawapan pada pertanyaan saya ini. Terimakasih sekali lagi…

      • Terima kasih atas maklumat yang telah diberikan. Pegawai Undang-undang SENADA akan menghubungi encik dalam masa yang terdekat bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

        Sekian, Terima Kasih.

  3. Saya telah menjual kereta pada dealer kereta, dan dlm pada yang sama mereka offer boleh buat interchange plate, dan meminjamkan kereta kelisa dan bayar advance kepada saya RM10,000. Baki masih ada dlm RM11,000. Saya telah serahkan kereta dan dlm masa seminggu mereka hanya dapat buat puspakom inspection sahaja, pada hari saya patut buat registration diselangor, saya telah mengambil geran kereta dan ingin membuat pendaftaran tetapi pihak dealer berkeras tidak mahu plate selangor. Saya terkejut sedangkan saya telah memberitahu yang pihak saya akan buat pendaftaran diselangor. Saya agak kecewa, dan ingin mengembalikan kereta kelisa, duit RM10,000 dan ambil kereta semula. Tetapi saya telah diugut untuk membayar interest sekiranya saya mahu mengambil kereta saya dan apa yang telah dioffer oleh pihak dealer kereta. Kerana risau dan takut, saya terpaksa menerima bayaran penuh, kembalikan kereta dan serahkan geran untuk proses interchange. Saya terasa seperti teraniaya dengan cara pengendalian mereka dan terdapat salah laku disini.Dan saya tidak pasti dari segi apa tuntutan saya dapat lakukan. Saya ingin minta nasihat jika situasi ini boleh dibuat kes tribunal. Terima kasih.

    • Salam Puan Zeera,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami.Mohon puan meninggalkan email atau nombor telefon atau puan boleh menghubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang dengan terus merujuk kepada Pegawai undang-undang SENADA, Cik Shazreen Nadia Binti Saaban di talian 03-8323 1000 sambungan 1717 atau melalui email shazreen@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap puan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian

      • Terima kasih atas maklumat yang telah diberikan. Pegawai Undang-undang SENADA akan menghubungi puan dalam masa yang terdekat bagi mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.

        Sekian, Terima Kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s