HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN…

Perkara-perkara yang perlu anda ketahui….

Seorang isteri itu adalah berhak kepada :
• Nafkah zahir dan batin
• Kasih sayang dari suami
• Hak untuk mendapatkan keadilan

Apa itu nafkah?

• Nafkah zahir ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan
 Makan dan minum
 Pakaian
 Tempat tinggal
 Perubatan ; dan
 Pembantu rumah sekiranya perlu
• Nafkah batin ialah keperluan seksual yang perlu dipenuhi secara sah
Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung dah kebiasaannya, kadar nafkah adalah berdasrkan kepada keperluan, kemampuan dan kedudukan kewangan suami.

Terdapat juga persoalan tentang “bilakah nafkah seorang isteri itu nusyuz” dan jawapannya adalah, hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur apabila Mahkamah Syariah mengistiharkannya nusyuz.

Apa itu nusyuz?
Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara’.

Seorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja dia bertaubat dan tidak lagi nusyuz setelah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Bilakah tempoh penerimaan nafkah akan tamat?
• Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila :
 kematian suami atau isteri ; dan
 isteri diistiharkan nusyuz oleh Mahkamah Syariah

Maksud Nafkah Tertunggak
Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka.

Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah?
Isteri boleh menuntut tunggakan nafkah di Mahkamah Syariah mengikut peruntukan undang-undang keluarga islam.

Poligami
Poligami ialah perkahwinan seorang lelaki dengan lebih daripada seorang perempuan dan tidak melebihi 4 orang dalam sesuatu masa sebagai mana ditetapkan oleh Hukum Syara’.

Sumber :Jabatan Pembangunan Wanita

About these ads

2 thoughts on “HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN…

  1. sy seorang isteri yg berada dalam kekeliruan,apakah cara dan hukuman yang perlu diambil sekiranya mentua lelaki dan mentua perempuan selalu mengatakan yang sy bukan menantu pilihan mereka malahan mereka selalu mengatakan bahawa mereka punya perempuan lain pilihan utk suami,,,mereka juga selalu mengatakan bahawa isteri suami yang terdahulu itu lebih baik berbanding sy menantu mereka?sy keliru samada suami pernah berkahwin dengan orang lain sebelum ini hanya dengan mendengarkan kata-kata dari mentua saya,bila saya bertanya dengan suami samada pernah berkahwin sebelum ini ataupun tidak suami menafikan bahawa saya merupakan menantu sulung dalam keluarga mereka,untuk pengetahuan semasa sy mengandungkan anak sy yang pertama,kedua dan ketiga mentua perempuan ada mengeluarkan kata-kata sumpahan agar anak dalam kandungan saya mati sewaktu sy lahirkan nanti begitu juga dengan diri sy agar mati sewaktu melahirkan? sy juga terasa dengan tindakan mentua memukul anak sy yg kedua sehingga meninggalkan parut di muka..saya benar-benar tidak mampu bertahan untuk tinggal sebumbung dengan suami sekalipun saya benar-benar menyayanginya tp dek kerna dari campur tangan mentua tentang rumahtangga kami saya mohon agar saya dilepaskan suami..berkali-kali saya merayu dengan suami agar melepaskan saya tapi dia tidak mahu untuk lepaskan saya. malahan suami ada megatakan pada saya agar tidak perlu mendengar kata-kata orangtuanya…yang lebih memusykilkan saya kedua-dua orang mentua saya selalu mengungkit perbelanjaan yang mereka belanjakan sepanjang suami melanjutkan pelajaran di universiti,sehinggalah suami sudah berkerja,,adik ipar perempuan tinggal bersama dengan kami kerna suami berkerja sebagai guru,suami menyekolahkan adik ipar saya di tempat dia berkerja namun begitu adik ipar selalu menceritakan hal rumahtangga kami pada kedua orang mentua saya..dan juga pada kawan-kawan satu sekolah saya benar-benar malu..malahan disaat ini saya seakan-akan mahu saja lari keluar dari rumah kerana tertekan dengan perlakuan mentua dan juga ipar-ipar saya…apakah tindakan yang sewajarnya yang perlu saya ambil untuk situasi yang saya hadapi sekarang sudah begitu lama keadaan saya begini dari tahun 2007-2013 keadaan yang saya hadapi sama sahaja..tolonglah berikan saya jalan penyelesaian yang sewajarnya dengan apa yang saya lalui..adakah saya punya hak untuk tuntu hak penceraian(fasak)..

    • Assalamualaikum Puan Alwa,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami. Pihak kami akan menghubungi puan dengan kadar yang segera. Mohon puan untuk meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi puan ataupun puan boleh menghubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang atau nasihat ataupun terus merujuk kepada Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes dengan lebih jelas.

      Sekian Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s