TAKLIQ SELEPAS AKAD NIKAH

‘Takliq’ yang membawa maksud lafaz perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut hukum syarak dan pendaftaran tersebut direkodkan secara sah dari segi undang-undang.

Dalam ertikata lain kontrak perjanjian ini hanya akan mengikat suami sahaja sekiranya syarat-syarat dan elemen-elemen dilanggar. Sedangkan hukum asal perkahwinan terdiri dari lelaki dan wanita.

Namun ada negeri tidak mempraktiskan takliq, seperti negeri Perlis di mana pandangan muftinya menjelaskan tidak perlu kepada takliq disebabkan selepas perkahwinan sepatutnya didoakan dengan kebahagian dan bukannya perceraian.

Ini kerana takliq adalah mengikat dan apabila lafaz takliq tersebut dilanggar maka sabit takliq tersebut apabila dibuktikan di Mahkamah. Antara takliq yang dicatatkan dalam daftar nikah iaitu suami meninggalkan isteri melebihi 4 bulan hijriah tanpa sebarang nafkah zahir dan batin, perbalahan sehingga menimbulkan dharar syarie terhadap isteri dan rujuk tanpa redha isteri jatuh talak satu lagi. (Kelainan ini agak berbeza diantara negeri-negeri)

Adakah suami memahami isi kontrak yang dilafazkan itu secara mendalam dan pihak isteri faham dan tahu tentang hak mereka ke atas kontrak itu?

Takliq dibaca selepas akad nikah. Seringkali kontrak ini tidak langsung difahami kerana pada masa tersebut perasaan gembira kerana baru berkahwin. Dan selepas akad nikah sebenarnya jiwa masih kosong dan dengan terketar-ketar serta darah gemuruh lantas membaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Tidak ramai suami kembali membaca dan memahami takliq selepas kahwin dan surat nikah disimpan dalam fail tanpa dirujuk semula kecuali bila nak daftar anak lahir dan ke sekolah.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s