PROGRAM TRANSFORMASI GENERASI MUDA 1MALAYSIA

          Program Transformasi Generasi Muda 1Malaysia anjuran Sekretariat Pembelaan Dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berjaya dilaksanakan pada 19-21 Januari 2011 yang lalu bertempat di Pusat Latihan dan Rekreasi FELCRA Berhad Tebing Tinggi, Segamat, Johor. Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai oleh generasi muda seramai 86 orang yang terdiri daripada mahasiswa/I Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Universiti Teknologi Mara Segamat, Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh dan Belia Felda Tenang, Johor. Peserta yang dipilih terdiri daripada golongan muda berumur 18 hingga 25 tahun.

          Aturcara dimulakan dengan sesi Ice Breaking dan Pembentukan Kumpulan yang mana peserta  telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Slot ini bertujuan membina perhubungan di kalangan peserta, membentuk semangat setiakawan, membina kemesraan dan mengeratkan silaturrahim sesama peserta.

          Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha SENADA iaitu Encik Mohammad Hafisol bin Yusoff dan diceriakan dengan kehadiran personalti terkenal iaitu Encik Kamal Affandi Hashim, Penganalisis Jenayah. Ceramah santai beliau berkenaan Generasi Muda dan Gejala Sosial amat meninggalkan kesan kepada peserta yang hadir. Peserta lebih menyedari peranan mereka sebagai generasi muda yang akan membangunkan Negara dan membanteras gejala sosial yang semakin kronik kini.

          Pada hari kedua, peserta dan fasilitator bersama-sama menyertai program Qiyamullail, solat Subuh berjemaah dan kuliah subuh. Kuliah subuh membincangkan tentang bagaimana peranan umat Islam dalam menangani kemelut sosial masa kini seperti isu pembuangan bayi. Peserta juga diberikan motivasi untuk menjadi pemimpin yang cemerlang mengikut landasan Islam. Selain itu, peserta diberi pendedahan dan pengalaman tentang solat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan solat witir di samping zikir-zikir yang memuji kebesaran Allah SWT.

          Slot Pembangunan/ Potensi Diri merupakan slot di mana para peserta menjalani proses simulasi secara aktiviti. Peserta telah mengambil bahagian dan merasai sendiri seterusnya mengetahui kelebihan dan kekuatan dalam diri begitu juga dengan kelemahan yang perlu diperbaiki.  

          Dalam slot seterusnya iaitu Program Kemasyarakatan Bersama Penduduk, peserta yang telah dibahagikan mengikut kumpulan berganding bahu dan bersama-sama melaksanakan aktiviti gotong-royong dengan membersihkan kawasan sekitar di Kampung Paya Merah Lama dan Kampung Paya Merah Baru. Matlamat program ini adalah mengeratkan hubungan mesra peserta dengan penduduk kampung di samping mengasah skill berkomunikasi peserta. Program ini dihadiri oleh Amirah SENADA Johor iaitu YB Senator Dato’ Hjh. Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain yang sempat meluangkan masa memberi kata-kata semangat kepada peserta.

          Pada sebelah malam hari kedua, program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Y. Bhg. Dato’ Suhaimi bin Ibrahim. Dalam ucapannya, beliau amat gembira kerana program ini telah berjalan dengan baik di samping memberikan kata-kata semangat kepada peserta untuk menjadi pemimpin yang dapat membangunkan Negara suatu hari nanti. Turut dijalankan pada malam itu ialah Simbolik Penyampaian Sijil yang diwakili oleh Penghulu Program.

 

          Hari ketiga program, slot Falsafah Program Kemasyarakatan- Etika Kepimpinan, Akhlak dan Tugas Maju Seiring telah dijalankan. Ia memberi pendedahan kepada peserta tentang betapa pentingnya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Selain itu, melalui Program Kemasyarakatan yang telah dilaksanakan, peserta dapat dapat memikirkan cara-cara menyelesaikan masalahsecara berpasukan, membuat keputusan tepat dalam masa yang singkat, memahami peranan ketua dan ahli kumpulan dan memberi pendedahan tentang realiti kehidupan masa kini serta nilai-nilai kemanusiaan yang masih wujud dalam masyarakat.

           Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam Transformasi Generasi Muda 1Malaysia ini telah memfokus kepada 5 aspek utama iaitu Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Mental (IQ), Kecerdasan Sosial (SQ), Kecerdasan Fizikal (PQ) dan Kecerdasan Rohani (SQ).

 

Disediakan Oleh: Ameillia Ariffin

2 thoughts on “PROGRAM TRANSFORMASI GENERASI MUDA 1MALAYSIA

  1. Salam,

    Program yang cukup menarik, mungkin boleh dilaksanakan untuk staf juga terutamanya kepada pegawai dan kakitangan muda.

  2. Program yang sangat menarik. Adakan dengan lebih kerap lagi bagi menyedarkan peranan penting generasi muda dalam pembangunan negara. Buat aktiviti lebih berbentuk fizikal dan mencabar. Syabas!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s