BAHAYA SEKS LUAR NIKAH (ZINA)

Melakukan hubungan seks luar nikah adalah aktiviti seks yang tidak sihat yang meruntuhkan integriti dan kesucian ikatan kekeluargaan. Kajian menunjukkan bahawa perlakuan hubungan seks luar nikah semakin meningkat. Ramai di kalangan remaja dan dewasa terlibat dengan aktiviti ini tanpa memikirkan implikasi negatif yang akan mereka hadapi. Secara amnya, 5 implikasi negatif yang dihadapi sekiranya terlibat dengan hubungan seks luar nikah iaitu:

  1. Agama
  2.  Perundangan
  3. Kesihatan
  4. Emosi
  5. Perhubungan

IMPLIKASI AGAMA

Semua agama melarang perlakuan seks luar nikah. Islam sendiri melarang perlakuan zina seperti yang dinyatakan dalam Surah al-Israa’, Ayat 32 :

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).”

 dan dalam Surah an-Nur, ayat 2:

“Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya disebat. Masing-masing 100 kali sebat (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin.”

 Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

 “Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka.” (Hadith diriwayatkan oleh Thabrani Ibni Abbas)

 Daripada ayat-ayat di atas, jelas menunjukkan kesalahan zina itu amat berat dan merupakan dosa besar selain daripada syirik dan bunuh.

 

IMPLIKASI PERUNDANGAN

Di bawah undang-undang sivil, perhubungan seks luar nikah bukanlah satu bentuk kesalahan namun di bawah Undang-undang Syariah di Malaysia, ia adalah satu kesalahan yang amat besar dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM 5000 atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman tersebut.

 

IMPLIKASI KEPADA KESIHATAN

 3 implikasi kesihatan utama berkaitan dengan hubungan seks luar nikah adalah:

  1. STDs (penyakit kelamin) atau penyakit-penyakit lain berkaitan STDs,
  2. Kehamilan remaja dan
  3. Menggugurkan anak.

Contoh-contoh penyakit STDs adalah Gonorea, Siflis and Urethritis.

Komplikasi yang mungkin dihadapi disebabkan oleh STDs adalah Pelvic inflammatory disease (Keradangan Pelvis), Infertility (Kemandulan) and Ectopic Pregnancy (Kehamilan Luar Rahim).

 

IMPLIKASI KEPADA EMOSI

 Melakukan hubungan seks luar nikah akan mengakibatkan pergolakkan emosi seperti berikut:

  •       Kebimbangan berpanjangan
  •       Penyesalan
  •       Rasa bersalah
  •       Hilang keyakinan dan motivasi diri
  •       Kecelaruan personaliti
  •       Hilang kepercayaan dan tidak yakin dengan komitmen
  •       Perasaan ingin membunuh diri
  •       Dendam
  •       Merencat pembangunan personaliti
  •       Gangguan perhubungan

 

IMPLIKASI KEPADA PERHUBUNGAN

 Hubungan seks luar nikah boleh membawa kepada kerosakkan terhadap struktur kekeluargaan. Mengikut statistik, perceraian lebih kerap berlaku di kalangan pasangan yang pernah mangadakan hubungan seks di luar pernikahan. Merujuk kepada kajian yang dijalankan oleh Teachman bertajuk Premarital Sex, Premarital Cohabitation and the Risk of Subsequent Marital Dissolution Among Women (2003), hubungan seks di luar pernikahan berkait rapat dengan peningkatan risiko perceraian dan dijangkakan lebih 50% pasangan yang bersekedudukan sebelum berkahwin akan bercerai.

 

JAUHILAH ZINA ATAU HUBUNGAN SEKS LUAR NIKAH

JAGALAH KESUCIAN AGAMA DAN PERKAHWINAN ANDA!!

One thought on “BAHAYA SEKS LUAR NIKAH (ZINA)

  1. Pingback: Download seks diluar nikah | Cinema 3 Satu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s