KULIAH TAFSIR AL-QURAN (Kelas Pertama)

Hari Isnin, 14hb. Februari, 2011, Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasan Wanita Islam (SENADA) bersama  Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat (KPWKM), telah mengadakan  Kuliah Tafsir Al-Quran. Kuliah ini diadakan di Dewan Nur, KPWKM bermula dari pukul 4 hingga 6 petang, disampaikan oleh figura yang cukup dikenali ramai, YBhg. Dato’ Dr. Fatma Az-Zahra Binti Mohd Ramadhan.

Pada kuliah yang pertama ini, YBhg. Dr. mulakan dengan menerangkan tentang Surah Al-Fatihah. Sebelum tafsiran surah tersebut diteruskan, YBhg. Dr. menyatakan bahawa  terdapat 5 perkara berkait dengan Al-Quran:

  1. Tauhid – Keesaan Allah
  2. Ibadah – hablumminallah
  3. Kiamat- hari pembalasan
  4. Akhlak – hablumminannas (manners)
  5. Sejarah – mengenali siapa Nabi Muhammad SAW dan lain-lain

Maklumat penting lain tentang Al-Quran adalah Al-Quran diturunkan selama 23 tahun; diturunkan secara perlahan-lahan; mengandungi 30 juzuk, 114 surah, dan 6,626 ayat. Ini bermakna setiap surah itu mengandungi pesanan buat umat Islam (114 pesanan).  Rasulullah menyatakan Al-Quran adalah ubat bagi masalah jiwa; dengan membacanya hati akan menjadi tenang. Sesungguhnya Al-Quran adalah ubat yang terbaik untuk hati, walaupun kita tidak benar-benar memahami  maknanya. YBhg. Dr. memberitahu, jika Al-Quran itu ubat untuk masalah jiwa dan spiritual manusia, madu lebah pula ubat untuk fizikal. Oleh sebab itu, setiap ubat, yang kita ambil, terkandung 1 peratus madu di dalamnya.

PENERANGAN RINGKAS MENGENAI SURAH AL-FATIHAH

  • Mengapakah surah ini berada di helaian pertama sedangkan ayat pertama ialah Surah Iqra’?. Ini kerana surah ini ibarat visa untuk manusia menuju ke syurga. Malah tidak sah solat jika tidak membaca Al- Fatihah. Ia merupakan asas kepada Al-Quran dengan tujuh ayatnya merangkumi keseluruhan isi dalam Al-Quran tersebut.
  • Ayat pertama dan kedua ialah ayat yang memberi maksud ketauhidan manusia; membacanya kita sudah mengaku tauhid.
  • Ayat keempat, ayat yang menyatakan tentang perakuan adanya Hari Kiamat.
  • Ayat kelima menerangkan mengenai Tauhid Rububiyyah
  • Ayat Keenam menceritakan tentang sejarah orang baik-baik; orang yang diberi nikmat seperti para nabi dan lain-lain.
  • Ayat ketujuh menyatakan tentang sifat dengki seperti orang Yahudi, yang dengki melihat umat Islam berjaya daripada mereka sedangkan mereka dengan bangga mendabik dada memberitahu dunia bahawa mereka kaum yang terbaik; Sifat dengki agak ketara dalam masyarakat masyarakat melayu.
  • YBhg. Dr. berkongsi dengan peserta kuliah antara waktu berdoa yang terbaik ialah pada hari Jumaat, sejam sebelum waktu maghrib, dengan mengadap kiblat, sambil menyebut Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah; sehingga azan maghrib berkumandang, terus berdoa dan nyatakan hajat kepada Allah.
  • Bacaan Amin selalu disebut selepas habis membaca surah Al-Fatihah tetapi ianya tidak termasuk dalam bilangan ayat Al-Fatihah; membawa maksud: “Terimalah Ya Allah”.
  • Melalui 11 buah buku tafsiran Surah Al-Fatihah, YBhg. Dr. telah merangkumkannya kepada rumusan seperti berikut:
  1. Surah ini menyatakan tentang perlunya kita menghargai nikmat yang Allah berikan kepada kita, ingat kepada kekuasan-Nya.
  2. Al-Fatihah mengajar kita tentang Ikhlas (Ayat 5). Syaitan tidak akan dapat menghasut jika kita ikhlas.
  3. Al-Fatihah menyarankan kita mencari sahabat yang baik (Ayat 6,), berkawan dengan orang yang baik.
  4. Jangan berkawan dengan orang yang jahat (Ayat 7).
  5. Di dalamnya terkandung nama-nama husna Allah (Ar-Rahman, Ar-Rahim, Rabb, Malik, Allah, dll).
  6. Istiqamah; mesti konsisten, stabil pada setiap amalan yang dilakukan.
  7. Bersedia untuk Hari Pembalasan (Kiamat); tanyakan pada diri, “Jika aku mati malam ini, apakah aku akan ke syurga?”.
  8. Sentiasa berdoa. Doa sangat penting kerana senjata orang yang beriman ialah doa.
  9. Kita mesti bersatu. Sayangkan saudara dan doakan kesejahteraan semua; bukan hanya untuk diri sendiri sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s