KULIAH TAFSIR AL-QURAN (Kelas Kedua)

Kuliah seterusnya telah diadakan pada 7 Mac 2011 (Isnin) dengan lokasi kuliah masih sama, iaitu di Dewan Nur, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dalam kuliah kedua ini, YBhg. Dr. meneruskan tafsiran Al-Quran bagi Surah Yassin. Surah ini merupakan jantung kepada Al-Quran. Barangsiapa membaca Yassin sebelum tidur dan faham maksud setiap ayat, ia menyamai pahala khatam Al-Quran sebanyak 10 kali. YBhg. Dr. turut menegur tabiat kebanyakan dari kita semua yang gemar menganggap Surah Yassin sepatutnya dibaca pada malam Jumaat. Sebaliknya YBhg. Dr. menyarankan supaya membaca Surah Al-Kahfi pada setiap malam Jumaat. Surah Yassin sunnah dibaca di tempat orang mati, misalnya semasa menziarahi jenazah. Ini kerana, membaca yassin kepada orang yang sedang nazak, ada kemungkinan besar individu itu akan kembali ke jalan Allah, bertaubat selagi nyawa belum sampai ke halkum.

Menurut YBhg. Dr., setiap ilmu Al-Quran ada dalam Surah Yassin; seperti ilmu haiwan, ilmu kenabian, ilmu falak, ilmu manusia dan macam-macam lagi. Surah ini dimulakan dengan huruf bertujuan untuk menarik perhatian warga Arab dan memberitahu mereka bahawa kitab yang diturunkan kepada mereka mengandungi huruf-huruf yang mereka ketahui dan kenali. Ayat 3 hingga 5 membawa maksud Allah bersumpah bahawa Rasulullah itu betul. Allah menyuruh Rasulullah memberi peringatan kepada mereka dalam ayat 6, kerana bapa-bapa mereka tidak diberi peringatan. Oleh sebab itu, mereka lalai. Sifat mereka ini sudah lebih dan melampau (ayat 7).

Mereka ini seperti ada sesuatu yang menghalang; ibarat sesuatu tersangkut ditekak, hendak ditelan tidak boleh, hendaj diluah payah. Mereka tidak faham, tidak dengar, sukar untuk menerima agama Islam dan Al-Quran (ayat 8). Hakikatnya, sama ada beri atau tidak peringatan, mereka (kafir) tidak akan beriman (ayat 10). YBhg. Dr. menceritakan semasa rumah Rasulullah dikepung oleh mereka yang mahu membunuhnya, Rasulullah telah mengambil debu, membaca Surah Yassin ayat 1 hingga 9 dan meniupkan debu itu ke arah mereka. Seolah-olah dipukau, mereka tidak nampak Rasulullah yang keluar dari rumah itu. Setelah tiga hari, bila ada yang menegur tujuan mereka berada di halaman rumah Rasulullah, barulah mereka sedar dan pada masa itu, Rasulullah telah tiada di rumahnya.

Ayat ke-12 ialah jantung Yassin; menyatakan apabila seseorang meninggal dunia, tidak bermakna segalanya sudah berhenti. Malah ia seolah-olah kita baru sahaja bangun dari tidur yang panjang. Bermulanya hisab, syurga,neraka, Alam Roh dan lain-lain lagi. Ayat 13 hingga 29 pula menceritakan tentang satu-satumya kisah yang terdapat dalam Surah Yassin. Kisah mengenai satu kaum yang membunuh utusan yang datang membawa ajaran Islam kepada mereka dan mengenai seseorang yang benama Habibun Najar. Menurut kisah, dua orang utusan berjalan melalui pinggir kota dan berjumpa dengan Habibun Najar. Habibun Najar kemudian beriman dengan ajaran yang dibawa oleh 2 orang utusan itu. Dua orang utusan itu adalah daripada utusan Nabi Isa. Dipendekkan cerita, 2 utusan ini ditangkap dan dipenjarakan setelah mereka merawat seorang lelaki yang buta dan dapat melihat kembali. Lelaki ini bukan buta yang biasa kerana pada wajahnya tidak mempunyai mata.

Setelah itu, Allah menghantar seorang lagi utusan ke kawasan Anthokiah untuk meneruskan dakwah  utusan yang ditangkap itu. Utusan ini telah berkawan baik dengan raja kerajaan itu dan berjaya menyertai pentadbiran kerajaan tersebut. Habibun Najar pula telah menyeru kepada penduduk Anthokiah  supaya menerima ajaran Islam yang dibawa oleh 2 orang utusan itu, malangnya ajakannya ditolak bahkan beliau telah dipijak beramai-ramai oleh penduduk kampung sehingga mati. Allah telah memasukkan Habibun Najar ke dalam syurga. Walaupun sudah meninggal dunia, Habibun Najar meluahkan hasrat jika boleh beliau mahu menceritakan kepada penduduk Anthokiah tentang beliau yang telah dimasukkan ke dalam syurga. Y.Bhg. Dr. memberitahu kepada para pendengar 4 soalan yang ditanya pada setiap dari kita apabila berada di Padang Mahsyar untuk membolehkan kita bergerak;

  1. Bagaimanakah kita menghabiskan sisa umur kita?
  2. Dari manakah datangnya duit yang kita perolehi dan apakah yang kita lakukan dengan duit tersebut?
  3. Adakah ilmu yang kita pelajari, kita aplikasikan dengan cara yang sepatutnya?
  4. Bagaimanakah kita menggunakan anggota badan kita?

 

3 thoughts on “KULIAH TAFSIR AL-QURAN (Kelas Kedua)

  1. Dear Sir / Madam,

    Please notify me if there’ s any seminar/course/usrah organized by Kementerian…esp talk by Dato’ Dr Fatma El Zahraa…Tqvm

  2. Assalam..saya sedang mencari kelas tafsir Al-Quran dan terjumpa page ni..
    Saya mungkin xdapat join kelas ni tp dapat baca thru page ni pon dah cukup baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s