PROGRAM TRANSFORMASI GENERASI MUDA 1MALAYSIA SIRI 2/2011

Tarikh: 28 FEBRUARI – 2 MAC 2011

Tempat: D’VILLAGE RESORT, AYER KEROH, MELAKA

Program Transformasi Generasi Muda 1Malaysia Siri 2/2011 telah dilaksanakan dengan jayanya dengan disertai oleh generasi muda dari Institut Kemahiran MARA Jasin, Politeknik Merlimau, Institut Skill Tech, Kolej Pekida, Accel Skill, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, Jabatan Belia dan Sukan dan Majlis Gabungan Belia Melaka. Seramai 106 peserta terlibat dalam program ini.

 Program dimulakan dengan sesi Ice Breaking yang memberi peluang kepada peserta berkenalan dan membuang tembok pemisah yang menghalang perhubungan antara peserta.

Pada sebelah malam, SENADA menjemput Penganalis Jenayah dari Yayasan Pencegahan Jenayah, Kamal Affandi Hashim memberikan ceramah bertajuk Generasi Muda dan Gejala Sosial. Beliau berkata, 90% kes rogol di Malaysia membabitkan kaum Melayu. Walau bagaimanapun, ia tidak harus dipandang negatif kerana ia menunjukkan sikap keterbukaan orang Melayu yang berani tampil melaporkan kes ini.

Pada hari kedua, berlangsung program As-Syabab bersama penduduk Kg. Chinchin Merlimau, Melaka. Program yang mendekatkan para peserta dengan penduduk kampung berlangsung dengan meriah. Para peserta bekerjasama menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan masjid, perpustakaan, sekolah agama, surau dan kawasan perkuburan bersama penduduk kampung. Program As-Syabab ini diserikan dengan kehadiran Amirah SENADA Melaka, Datuk Hajjah Hazizah bt. Hj Mohd. Sultan. Dalam amanatnya, beliau menekankan pembangunan jati diri generasi muda untuk lebih berdaya saing dan bijak dalam menentukan masa depan.

Dalam Falsafah program As-Syabab pula, peserta berkongsi pengalaman dan ilmu sesama mereka semasa program As-Syabab bersama penduduk kampung.

Dalam slot Etika Kepimpinan, peserta telah menyediakan perkara-perkara penting yang perlu ada dalam menjadikan generasi muda sebagai pemimpin pada masa hadapan seterusnya membuat penskalaan semula berdasarkan perkara manakah yang lebih penting dalam mencapai objektif tersebut.

SENADA tidak lupa menyelitkan aktiviti kerohanian kepada peserta melalui program Qiyamullail, solat subuh berjemaah dan kuliah subuh. Ia amat penting bagi umat Islam dalam menghadapi kehidupan serba mencabar pada masa kini.

Aktiviti senaman atau riadah diadakan pada setiap pagi sepanjang program. Ia dapat dijadikan salah satu saluran bagi menguruskan stress dalam kehidupan seharian.

Keseluruhannya, Program Transformasi Generasi Muda 1Malaysia Siri 2/2011 telah berlangsung dengan jayanya dan semakin mendapat sambutan daripada para generasi muda seluruh Malaysia. Sebagai generasi muda yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin negara suatu hari nanti, haruslah bersedia menghadapi segala cabaran serta mempersiapkan diri dengan kekuatan intelek, fizikal, emosi, sosial dan rohani agar kita dapat melahirkan satu generasi yang terbilang pada masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s