KERATAN AKHBAR: PEGUAM DAN RESTORAN ALI MAJU TAWAR KHIDMAT RUNDINGAN GUAMAN PERCUMA

KUALA LUMPUR: Penubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) mampu membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma.

Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penubuhan SUKAGUAM sekaligus dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai hal berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka.

Memperoleh sokongan daripada Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Khairul Anwar berkata, penubuhan SUKAGUAM juga adalah sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dan juga saranan Majlis Peguam Malaysia di dalam menganjurkan khidmat masyarakat kepada umum.

“Seperti yang dimaklumakan oleh Majlis Peguam Malaysia, yuran guaman yang sebelum ini serendah RM2,000 akan naik sehingga RM10,000 disebabkan oleh sistem baru yang diperkenalkan oleh mahkamah di samping tempoh perbicaraan yang singkat.

“Situasi ini membimbangkan kerana akan ada sesetengah pihak yang akan berasa tidak terjamin kerana tidak dapat menegakkan keadilan di mahkamah kerana tidak mampu mengupah peguam,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Khairul Anwar berkata, melalui program ini, mereka akan menawarkan kepada masyarakat khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dengan permasalahan seperti undang-undang keluarga (perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat dan harta pusaka), dan undang-undang berkaitan sivil dan jenayah.

Melalui program ini juga katanya, peguam-peguam terlibat dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

“Khidmat nasihat dan rundingan yang diberikan akan berunsurkan kepada panduan tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak mereka atau menyelesaikan masalah mereka.

“Malah daripada sesi itu kita akan cuba membantu mendapatkan khidmat guaman ke mahkamah dengan bayaran minimum jika mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah,” ujarnya.

Sementara itu, Jawhar Ali berkata, buat permulaan program ini akan diadakan dua kali sebulan iaitu pada setiap Jumaat minggu kedua dan ketiga di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Setapak, di sini.

Program yang akan bermula lusa ini pada pukul 3 hingga 6 petang turut akan disertai tujuh peguam berpengalaman membantu dan memberi khidmat nasihat guaman kepada orang ramai yang datang ke restoran itu.

“Buat masa ini kita akan bermula di restoran di Setapak dan beberapa lagi cawangan di Lembah Klang. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan kita akan meneruskan program ini ke seluruh negara.

“Malah kita akan menyediakan makan dan minuman secara percuma kepada pelanggan yang singgah ke kaunter SUKAGUAM,” katanya.

Sumber: mStar Online, Rabu 13 April 2011

About these ads

9 thoughts on “KERATAN AKHBAR: PEGUAM DAN RESTORAN ALI MAJU TAWAR KHIDMAT RUNDINGAN GUAMAN PERCUMA

  1. saya ada masaalah tentang kereta yg dijual kepada proton edar dan jurujual telah menipu saya,tlg saya dan bagaimana nk selesaikannya.

    • Salam En. Khairuddin,

      Mohon hubungi SENADA di 03-26930095 atau tinggalkan nombor telefon tuan supaya pihak kami dapat menghubungi tuan untuk mendapatkan maklumat terperinci masalah tuan.

      Sekian

  2. saya punyai seorang kawan yg berkawin ngan perrempuan indian muslim dan kawan saya telah memeluk islam 2 tahun yang lepas sekarang masalah nya berlaku perselisihan faham antara mereka dan perempuan tu telah keluar dari rumah dan telah pulang ke rumah ibunya pada masa itu dia sedang mengandung. Apabila bersalin anak lelaki di dalam surat beranak tiada nama bapa (itu nama Kawan saya)
    Mereka juga telah menyorokan bayi itu dan membawa bayi itu ke Negara India. Tetapi sekarang dia telah pulang ke Malaysia. Kawan saya teleh mengadu di mahkamah Syariah dah kes ini telah disebut selama satu setgh tahun dan tiada penyelesaian sehingga kini. Perempuan tu kata kawan saya bukan bapa kandungnya memberi berbagai masalah, cuma kawan saya nak jumpa anak nya seminggu 2 kali. Apa sepatutnya dia buat kes selalu tertangguh dan ditunda kerana perempuan kekadang tidak hadir ke mahkamah.

  3. ibu saya dah lama berpisah dengan bapa.. tapi nafkah hanya diberikan kepada adik yang bongsu.. Bapa sy seorg yg berpangkat tinggi.. Banyak Perkara nak dibincangkan… Contohnya Harta Sepencarian, dari Ibu sy berpisah sampai sekarang xdapat… Sy yg dulunya nak sambung belajar tapi xdapat.. Begitu juga adik2 yang lain… masalahnya.. kami nie sekadar cukup makan tak mampu nak bayar duit peguam… pergi mahkamah syariah suruh pergi mahkamah tinggi… Lepas tu dari Mkmah tinggi suruh pergi mahkamah syariah… x larat dah… Last suruh sy cari audit keseluruhan harta bapa saya… Mane sy tahu nak cari… tolonglah.. kesian ibu dan adik2 terabai… saya pun sekadar yang mampu…

  4. Boleh saya dapatkan nombor telefon untuk dihubungi bagi menceritakan masalah saya dan mendapatkan khidmat guaman dari pihak tuan.Sekian terima kasih.

  5. Saya mempunyai masalah kedegilan bekas suami saya untuk memberi nafkah kepada anak saya. kmk bercerai pada tahun 2007. kini anak saya sudah berusia 7 tahun. perbelanjaan terus meningkat namun bekas suami saya cuma membuat potongan gajinya (tentera) sebanyak RM100 setiap bulan.saya pernah mohon bantuan daripada pejabat bantuan guaman di Kuching namun sehingga kini tiada tindakan. tolonglah saya yang kesempitan ini…

    • Assalamualaikum Puan Liza,
      Website ini masih berjalan seperti biasa. Akan tetapi, kami telah berpindah ke lokasi yang baru di Putrajaya..
      Berikut merupakan alamat baru dan juga no telefon kami yang terbaru :
      Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA)
      Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
      Aras 19, No. 55
      Persiaran Perdana Presint 4
      62100, Putrajaya
      No. Tel: 03-8323 1000
      No.Faks: 03-8323 2041

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s