KESIHATAN DAN ISLAM

Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Potongan ayat al-Quran yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Antaranya seperti berikut:

1)         Mafhum Surah AI-Isra’ ayat 82

‘Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.’

2)         Surah al-Baqarah ayat 172 – 173- bermaksud:

‘Hai orang yang beriman, makanlah barang yang baik-baik dari apa yang diberikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Sesungguh-nya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya (memakan/mengguna benda-benda yang haram) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani.’

Mencegah lebih baik dari mengubati

Kebersihan sangat berkait rapat dengan kesihatan diri. Jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri, dia akan mudah dijangkiti penyakit yang merbahaya atau penyakit kronik. Faktor pemakanan berlebihan atau kandungan yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, strok dan kanser.

Amalan makanan yang seimbang

Untuk mengekalkan prestasi kesihatan lebih baik, Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman. Mengikut pakar perubatan, kita digalakkan mengambil banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan mengelak makanan berkolestrol, masin yang melampau serta tinggi lemak. Kita juga perlu memberi perhatian kepada pengambilan gula dengan memilih makanan dan minuman kurang manis.

Gaya hidup

Selain pemakanan, bersukan atau beriadah adalah sebahagian amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian. Ini bertepatan saranan Saidina Umar R.A yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani.

Katanya: “Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda”. Seruan ini jelas membuktikan Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas.

Gaya hidup sihat juga dapat diperoleh dengan melakukan ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat dan berpuasa. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk daripada terus melekat di badan atau rongga. Dengan berwudhuk juga dapat mendekatkan kita dengan Allah S.W.T dengan melakukan ibadah kepadanya.

Kesimpulannya, kesihatan yang baik akan menjadikan seseorang individu tersebut lebih selesa meneruskan kehidupan dan menikmati kebahagiaan. Perumpamaan bidalan arab menyatakan “ al-Aqlu sallim fii jismi sallim ” bermaksud akal yang baik berpunca dari tubuh badan yang baik.

Oleh: ‘Afif Sofiuddin Abd Ghani

One thought on “KESIHATAN DAN ISLAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s