TIPU, MENIPU DAN DITIPU

Tipu didefinisikan sebagai perbuatan curang atau kata-kata dusta untuk menyesatkan orang, kecoh, muslihat. Menipu pula adalah membuat kenyataan palsu dengan niat supaya fakta asal tidak diketahui. Menipu, menurut wikipedia, ada pelbagai kategori: menipu dengan tujuan membangga diri, menipu yang tidak rasional, mengubah sedikit fakta sebenar, memperbesarkan cerita, menyembunyikan fakta dengan niat memesongkan kebenaran dan banyak lagi. 

Menipu bukan sahaja dilakukan oleh kanak-kanak malah orang dewasa juga sering menipu sama ada sedar atau tidak. Ibu bapa juga menipu anak-anak dengan tujuan membetulkan sikap mereka. Secara amnya, orang dewasa dan kanak-kanak menipu kerana ingin menyelamatkan diri, ingin nampak lebih baik di mata orang lain dan untuk keuntungan peribadi.

Berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan oleh Dr. Lee K., Diretctor of the Institute of Child Study dan Talwar V., dari McGill Universiti mendapati kanak-kanak di bawah usia 8 tahun tidak pandai menipu. Ini kerana kanak-kanak di bawah usia 8 tahun sering memberi alasan tidak rasional apabila menipu dan cepat mengaku kesalahan apabila didesak. Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin bijak mereka menipu.

Kenalpasti Si Penipu

Dalam kajian yang dijalankan oleh Park H. S., Levine T. R., McCornack S. A., Morrison K., Ferrara M. (2002) bertajuk How People Really Detect Lies menerangkan bahawa antara cara mengenalpasti penipuan adalah:

  1. Maklumat dari orang ketiga
  2. Bukti fizikal
  3. Pengakuan dengan desakan
  4. Pengakuan tanpa desakan
  5. Kata-kata/Perilaku mencurigakan
  6. Tidak konsisten dengan maklumat sedia ada
  7. Pengakuan tidak sengaja

Kata-kata/Perilaku mencurigakan boleh membongkar sama ada suami, isteri, anak-anak, kawan mahupun jurujual menipu apabila berbicara. Kaedah sama juga diaplikasi oleh pihak polis untuk membezakan keterangan benar dengan yang palsu oleh suspek atau saksi.

Berikut adalah cara-cara mengenalpasti penipuan (www.lifetraining.com):

  1. Penanda aras perlakuan – Kenalpasti perlakuan normal jurujual dengan bertanyakan soalan-soalan biasa seperti cuaca, makanan kegemaran dan minat. Perlakuan normal ini dikenali sebagai penanda aras perlakuan. Kemudian tanya soalan berkaitan barang yang dijual. Sekiranya jurujual menunjukkan reaksi dan ekspresi yang berbeza dengan penanda aras perlakuan, maka jurujual itu sedang menipu. Sekiranya individu itu adalah insan yang kita kenali, kita pasti sudah tahu reaksi dan perilakunya. Reaksi dan perilaku yang bercanggah dengan penanda aras perlakuan berlaku adalah individu itu menipu.
  2. Percakapan – orang yang menipu akan mengambil masa yang lama untuk menjawab pertanyaan atau menjawab dengan segera sebelum soalan tamat. Mereka juga akan meminta soalan diulang atau mengulangi soalan tersebut sendiri. Kadangkala mereka terlalu sopan ketika berkata-kata dan merungut atau terlalu senyap.
  3. Sikap – orang yang sedang menipu selalunya nampak tidak selesa, cemas, marah dan cuba mengelak.
  4. Postur badan – orang yang menipu menunjukkan pergerakan kaku dan sering menyilang kaki atau tangan.
  5. Pergerakan tangan – sekiranya individu tersebut menggaru dahi, memicit muka, menyentuh leher dan menyapu belakang kepala sendiri, dia mungkin sedang menipu.
  6. Pandangan mata – arah pandangan mata seseorang boleh menunjukkan apa yang difikirkan olehnya. Sekiranya dia melihat ke atas dan ke kiri, maka dia sedang mengingat kembali tetapi sekiranya arah pandangannya ke atas dan ke kanan dia sedang mencipta sesuatu yang baru. Oleh tiu, berwaspadalah jika pandangan matanya ke atas dan ke kanan, mungkin dia sedang menipu. Perlu ditekankan bahawa, arah pandangan adalah berlawanan bagi mereka yang kidal.
  7. Butir cerita – perkara yang dikatakan oleh orang yang sedang menipu sering tidak konsisten. Jika gaya soalan diubah sedikit, jawapannya juga ternyata berbeza. Oleh itu, pastikan soalan anda adalah leading question supaya individu itu sukar menipu.

Larangan Menipu dalam Islam

 Islam melarang dan mengharamkan umatnya menipu dalam apa jua keadaan sekalipun. Dalam hadith juga menjelaskan tanda-tanda mengenalpasti seseorang itu munafiq salah satunya adalah apabila ianya bercakap maka ianya menipu. Dalam kaedah fiqhiyyah juga turut memperjelaskan bahawa ‘matlamat tidak menghalalkan cara’ kerana diperolehi dengan cara tidak sah.

 Garis panduan ini merupakan asas utama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dalam masyarakat Jahiliyyah bertujuan membasmi penindasan dan ketidakadilan. Sebagai contoh dalam menguruskan jual beli yang banyak melibatkan urusan timbangan bagi urusan pembelian barang kerana penipuan dan riba bermaharajalela. Oleh itu, berdasarkan sejarah masa lampau,  menipu juga menyebabkan keruntuhan akhlak dan sikap mazmumah (keji). Alternatifnya budaya menipu ini mesti disingkirkan dalam diri. Pemahaman yang digariskan sebenarnya banyak membantu manusia mengelak diri dari menipu kerana jelas ianya bercanggah dan bersalahan. Keadaan ini disebut dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 42 & 283:

 “Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 42)

 “….Dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah, Ayat 283)

 Surah Al-Munafiqun, Ayat 1 pula menjelaskan sifat orang munafik yang suka menipu:

 “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” (Surah Al-Munafiqun, Ayat 1)

 Ayat-ayat Al-Quran serta hadith di bawah menerangkan kesan serta akibat perbuatan menipu:

 …. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi pendusta. (Surah Ghaffir, Ayat 28)

 Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim)

5 thoughts on “TIPU, MENIPU DAN DITIPU

  1. Sy ingin bertanye tentang menipu.ada tak statistik berkenaab dengan seawal usia mana kanak-kanak sudah pandai menipu?sy bertanyakan hal ini kerana,anak saya yang baru berusia 3 tahun lebih telah dituduh sebagai penipu oleh pihak taska.ini kerana anak sy ade mengadu kepada sy yang dia telah dikurund di dalam tandas kerana dia bermain berus gigi ketika mandi.dia ade juga mengadu yang teacher dia picit telinga kerana lambat mennghabiskan susu.semalam ada lagi dia mengadu dia disepak sebab menyanyi mase teacher mengajar.apabila sy berdepan dgn ketiga2 teacher tersebut,mereka menafikan sekeras kerasnya.bila sy refer perkara ni pada pengetua taska terbabit,beliau memberi alasab yang anak sy mmg pandai menipu dan mereka cerita. Sy jd geram.sedangkan anak sy baru berusia 3 tahun lebih.mustahil untuk dia mereka cerita seumpama itu.sdgkan kalau dirumah,sy xprnah buat perkara2 sebegitu.dari mana dia nampak?anak sy tunjukkan sy dimana dia disepak dn dikurung.adakah normal budak yang menipu masih boleh mereka tempat kejadian?sy bawa anak sy beedepan dgn semua teacher dia. Dia bersungguh mengulang ape berlaku.tp bila semua teacher tanya dia bertalu talu.terus dia nangis kerana takut.ada penyelesaian untuk masalah sy?

    • Salam puan,

      Tidak ada statistik yang menyatakan pada umur berapakah kanak-kanak mula belajar menipu. Ia bergantung kepada pengaruh kawasan atau suasana dia dibesarkan. Sekiranya didapati menipu, puan boleh cuba mendekati dan mengenal pasti punca anak suka menipu. Bagaimanapun, jangan sesekali berkeras dengan anak puan. Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr Mariani Md Noor berkata, secara umumnya kanak-kanak mula menipu apabila usianya menjangkau lima tahun. Ketika itu, dia sudah boleh berfikir secara simbolik dan logik. Kadangkala ada juga kanak-kanak menipu apabila mula bersekolah dan bergaul dengan rakan sebaya akibat dari proses peniruan.

      Walau bagaimanapun, puan boleh memerhatikan tingkah laku anak puan untuk memastikan sama ada dia menipu atau tidak. Anak-anak kecil sememangnya suka bercerita. Biar dia luahkan apa yang terpendam dan puan bertindak sebagai pendengar. Sekiranya apa yang diucapkan bertentangan dengan tindakan atau kelakuan, mungkin anak puan sedang menipu.Sekiranya puan yakin anak puan tidak menipu, cuba cari alternatif lain seperti berbincang dengan guru secara baik, ambil tahu dengan siapa anak puan berkawan atau menukarkan anak puan ke sekolah lain.

      Harus diingatkan bahawa anak-anak kecil tidak faham dengan konsep menipu dan masih tidak mengerti bahawa menipu itu adalah satu kesalahan. Mereka akan mula memahami apabila bersekolah dan semakin matang.

      Puan juga boleh merujuk kepada pakar psikologi kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat lanjut.

      Sekian, terima kasih.

  2. salam .. saya ada soalan ..
    sy mempunyai seorang kwan .. dia suka sangat menipu orag n dia suka mereka cerita yg bukan2 .. dia jugk sanggup ckp sedare-mare dia meninggal .. padahaltakde pun sedare-mare dia yg meninggal .. apa yg patut sy lkukn utk membuat dia kembali ke jalan yg benar ..

    • Assalamualaikum Puan,

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Pihak SENADA akan menghubungi pihak tuan/puan dengan kadar segera. Mohon pihak tuan/puan meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan ataupun boleh terus merujuk pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap tuan dapat diterangkan dengan lebih jelas.
      Sekian, Terima kasih

  3. Assalamualaikum. Bekas suami saya suka menipu, memfitnah dan mereka2 cerita. Semasa menjadi isteri dia dulu, segala yg dia cerita tentang bekas isteri pertama dia, semua sy percaya. Selepas dia ceraikan sy, sy dapati dia buat perkara yg sama terhadap sy. Sy ada bukti2 kukuh, malah dlm mahkamah semasa perbicaraan tuntutan nafkah tertunggak, pun dia masih nak menipu, pada hal bukti2 penipuan dia ada di tangan hakim. Isteri baru bekas suami sy fitnah sy perempuan kristian, dn bila sy buat aduan ke JAIS, dia mengatakan tak pernah mengatakan perkara tersebut dn dia tak kenal sy, tapi melambak2 email dia hantar pada sy. Sebelum bernikah dgn isteri baru, bekas suami sy bersekedudukan dgn seorang gadis yg berumur 21tahun, manakala bekas suami sy berumur 44 tahun. Gadis tersebut sering mengganggu sy. Bapa gadis tersebut enggan menjadi wali, sebab bekas suami sy sering memburuk2kan sy dan bekas isteri pertama nya kpd keluarga gadis tersebut, dn apabila bapa gadis tersebut hendak bertemu dgn kami, bekas suami sy tak membenarkan, dan gadis tersebut telah menyaman bapanya d Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam pada 30hb may 2005. Malah dlm mahkamah, gadis tersebut menyebut bahawa nama sy sebagai penyebab kenapa bapa dia enggan menjadi wali, pada hal sy hanya bertemu bapa dia SELEPAS dia menyaman bapa dia enggan jadi wali. Sy ada bukti tarikh2 pertemuan sy dgn keluarga gadis tersebut ( dari catatan pegawai di JAIS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s