ULASAN KEPADA KENYATAAN AKHBAR BERTAJUK “SOROK WARIS DORONG PENIPUAN HARTA PUSAKA”

Harian Metro (Khamis 28hb April 2011) bertajuk ‘Sorok waris dorong penipuan harta pusaka’ melaporkan isu berlakunya penipuan dalam pembahagian harta pusaka jika suami meninggal dunia terutamanya membabitkan perkahwinan poligami disebabkan ketiadaan sistem pendaftaran perkahwinan secara bersepadu di kalangan umat Islam di negara ini.

Penipuan yang dimaksudkan adalah percubaan dan perlakuan ‘menyorokkan’ ahli waris yang berhak mendapat pembahagian harta selepas berlakunya kematian si mati (suami). Keadaan ini berlaku disebabkan si mati semasa hayatnya menyembunyikan maklumat dari keluarga seperti perkahwinan yang tidak didaftarkan di Malaysia dan hasil perkahwinan tersebut bukan sahaja mempunyai isteri malah meninggalkan anak-anak yang masih kecil.

Tajuk ini sewajarnya diperbincangkan secara meluas kerana isu ini amat berkait rapat dengan hak-hak wanita.

Kesedaran tentang peri pentingnya pengurusan harta pusaka bermula dari awal penubuhan institusi keluarga itu sendiri. Suami tidak seharusnya menyembunyikan perkahwinan poligami kerana bimbangkan penerimaan isteri pertama, keluarga atau masyarakat seluruhnya. Masyarakat perlu jelas bahawa cara menyembunyikan perkahwinan poligami hanya akan mengundang bahana dan padah terutamanya kepada wanita dan anak-anak. Persepsi ini perlulah diubah secepat mungkin bagi memberikan hak tanpa ada penafian lagi kepada ahli waris yang menderita atau terabai.

Pembahagian harta pusaka hanya layak dituntut oleh isteri dan anak-anak daripada perkahwinan yang sah didaftarkan di Malaysia. Mahkamah hanya akan mengisytiharkan pembahagian harta pusaka berdasarkan pembuktian dokumen seperti sijil nikah atau surat beranak yang didaftarkan di mana-mana bahagian di Malaysia sebelum sijil perakuan faraid dikeluarkan. Tanpa pembuktian ini pihak-pihak tersebut akan berputih mata.

Harus diingatkan perbuatan penafian hak waris terhadap harta pusaka ini membawa banyak implikasi negatif. Meletakkan sesuatu bukan pada hak dianggap sebagai kezaliman dan ini ditegah sepertimana firman Allah SWT dalam Surah an Nahl Ayat 90 ertinya:

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangannya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya”.

Dalam soal hukum kita begitu jelas dan bersependapat wanita dan anak-anak tersebut dijaga kepentingan serta hak. Hal ini digariskan dengan jelas dalam al-Quran antaranya :

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 58 yang bermaksud :

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminat (perempuan yang beriman) tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul pembohongan dan dosa yang nyata.

Surah an-Nisaa’ ayat 129 yang bermaksud :

“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian…”

Surah an-Nisaa’ ayat 10 yang bermaksud :

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”.

Pesanan buat pasangan yang mendirikan perkahwinan sama ada perkahwinan pertama atau seterusnya, daftarlah perkahwinan anda di Malaysia supaya hak isteri dan anak-anak tidak dinafikan. Bagi isteri pertama yang enggan menerima hak isteri kedua atau isteri-isteri yang lain, wajarlah anda mempertimbangkan permasalahan  yang akan timbul disebabkan oleh perbuatan anda.

 

2 thoughts on “ULASAN KEPADA KENYATAAN AKHBAR BERTAJUK “SOROK WARIS DORONG PENIPUAN HARTA PUSAKA”

  1. Bagaimana dengan harta pusaka yang diwasiatkan melalui surat watikah diraja yang menyatakan bahawa seseorang sultan sebuah negeri telah menyerahkan sesebuah kawasan kepada seseorang dan dipusakai oleh keturunannya sampai bila-bila?Sebagai contoh, kawasan Sungai Klang dan jajahan takluknya telah diserahkan kepada Raja Abdullah ibni Raja Jaafar melalui 2 surat watikah dengan cop mohor diraja oleh Sultan Mohamad Syah (1857) dan Sultan Abd Samad (1871) yang jelas menyatakan bahawa penyerahan kawasan ini adalah untuk selama-lamanya dan dipusakai oleh keturunan Raja Abdullah sampai bila-bila dan sesiapa saja waris ganti sultan yang menaiki takhta Selangor atau kerajaan negeri Selangor tidak boleh mengambilnya semula tanpa kebenaran keturunan Raja Abdullah.Memang difahami dalam Perlembagaan bahawa penyerahan sesuatu kawasan untuk tujuan Persekutuan adalah hak preorgatif Raja tidak kira tanah yang telah diberi hakmilik atau tanah kerajaan negeri tetapi yang menjadi persoalan disini ialah adakah sebarang pampasan atau gantirugi telah dijelaskan kepada keturunan Raja Abdullah setelah Sultan Abd Aziz Salahudin menyerahkan sebahagian tanah-tanah di Sungai Klang kepada kerajaan Persekutuan pada 1974 untuk membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur?Jika dikaji dari sudut Perlembagaan,hak-hak keturunan Raja Abdullah ini mestilah dijelaskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi apa yang terjadi ialah hak mereka dinafikan tanpa dibayar sesen pun malah kerajaan negeri Selangor dan Tuanku Sultan Selangor pula yang mendapat pembayaran!!Dimanakah keadilan?Naskah asli surat-surat watikah ini masih ada dalam simpanan keturunan Raja Abdullah sehingga kini dan difahamkan satu lagi naskah asli milik sultan telah di bawa lari ke London oleh penjajah.Naskah-naskah asli adalah warisan khazanah sejarah negara yg tiada ternilai tetapi yang lebih bernilai ialah isi kandungan naskah surat-surat watikah ini yang menjelaskan siapakah yang sebenarnya mewarisi tanah-tanah disepanjang Sungai Klang….Ya Allah Tuhan Maha Adil Lagi Maha Mengetahui!Bongkarkanlah kebenaran dan lenyapkanlah kepalsuan kerana yang palsu itu sementara dan menangkanlah hamba-hambaMu yang sabar dan dizalimi oleh hamba-hambaMu yang lupa diri dan insafkanlah hamba-hambaMu yang lupa bahawa sesiapa yang memegang amanat umat Islam atau menjadi pemimpin umat Islam akan berada di barisan paling hadapan sekali di depan Allah swt di akhirat kelak dan ditanyai tentang setiap persoalan rakyat satu persatu…Tunaikanlah hak saudara-saudaramu kemudian barulah tunaikan hak rakyat dan hak sesama manusia dan paling utama tunaikanlah hak Allah dan RasulNya.Didepan Allah tiada guna harta,kedudukan dan pangkat…hanya TAQWA menjadi ukuran.Takutlah akan siksaan Allah di dunia apatah lagi di akhirat kerana neraka jahanam itu tempat sehina-hina mahkluk….ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR!!!!Selamatkanlah tanahairku Malaysia dari bala bencana yang KAU akan timpakan sekiranya kezaliman dan nafsu tamak haloba bermaharajalela
    -DAENG SULONG- Melaka Bandaraya Bersejarah
    012-6397120

    • Assalamualaikum Tuan,

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Pihak SENADA akan menghubungi pihak tuan dengan kadar segera bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan tuan akan dirujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my
      Sekian, Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s