KULIAH TAFSIR ALQURAN (kelas ketiga)

Tarikh kuliah: 23hb Mac 2011 (Rabu), masa 5.00 hingga 7.00 petang.

Kuliah ini masih lagi membincangkan mengenai Surah Yassin. Antara isi perbincangan dalam kuliah kali ini ialah:

  • Sebagai ibu bapa, sudah semestinya tanggungjawab mendidik dan menanamkan rasa kecintaan dalam diri anak-anak kepada Allah, Rasul dan Al-Quran terpikul sepenuhnya di bahu mereka.
  • Buah-buah seperti kurma, anggur, delima kerap disebut dlm Al-Quran kerana ianya adalah merupakan buah yang biasa dimakan di kalangan warga Arab.
  • Ayat 36, menyatakan bahawa setiap makhluk dicipta berpasang-pasangan. YBhg. Dr. Fatma memberitahu bagi mereka yang mencari jodoh, baca ayat ini, sapukan pada muka, niatkan supaya dijumpakan pasangan.
  • Ayat 37 menerangkan tentang ilmu falak.
  • Ayat 38, menceritakan tentang peredaran matahari. Matahari itu tunduk di bawah arasy Allah. Apabila Allah izinkan, barulah matahari keluar.
  • Ayat 40 menyatakan tentang kesempurnaan peredaran matahari yang Allah telah aturkan yang mana  matahari tidak pernah berlaga dengan bulan.
  • Ayat 41, menceritakan tentang ilmu dalam laut.
  • Ayat 45-47, menceritakan tentang tabiat orang kafir, antaranya mereka mempersoalkan mengapa perlu menginfakkan harta. Mereka ini bila dinasihatkan dan disuruh bertakwa, mereka enggan. Apabila ditunjukkan tanda kekuasaan Allah, mereka enggan mengakui apatah lagi untuk menginfakkan harta, tidak sekali-kali mereka mahu.
  • Ayat 48, orang kafir sibuk bertanya bilakah kiamat akan berlaku?
  • Ayat 49, menjelaskan kiamat berlaku dimulai dengan tiupan pertama oleh Malaikat Israfil, yang mana tiupan ini akan menyebabkan semua manusia berasa takut. Tiupan yang kedua adalah tiupan untuk mematikan, semua akan hancur dan masuk ke dalam tanah. Tiupan yang ketiga adalah tiupan untuk membangunkan semua manusia.
  •  Ayat 54-57, menceritakan tentang Allah itu hakim yang Maha Adil dan juga tentang penghuni syurga.
  • Ayat 58, ayat yang elok dibaca apabila kita dalam kesunyian, kerisauan, kesakitan, baca ayat ini sebanyak 7 kali. Bagi bayi yang menangis malam, gosok kepalanya dan baca ayat ini. Bagi mereka yang terasa ingin  muntah terutamanya apabila berada dalam kapal terbang, dapatkan air masak segelas, baca Al-Fatihah dan ayat ini sebanyak 7 kali dan minum air tersebut.
  • Ayat 59-68, menceritakan tentang  syaitan, nafsu serta ahli neraka. Telah diingatkan bahawa syaitan itu telah banyak kali menipu, malangnya kebanyakan dari kita seolah-olah tidak menggunakan akal untuk berfikir dan menyedari  akan penipuan ini.

Perbincangan menngenai Surah Yassin masih belum selesai. Ia akan disambung dalam sesi kuliah yang seterusnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s