TEKANAN

Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah. Masalah dikenali sebagai tekanan hidup. Seseorang yang terlalu kerap menghadapi tekanan hidup akan mengalami kemurungan, kesedihan dan beberapa masalah psikosomatik.

Pada amnya, tekanan boleh dikaji, didefinisi dan difahami dari 3 sudut.

Pertama, dari sudut rangsangan yang menyebabkan tekanan seperti kebisingan, suhu dan kesakitan.

Kedua, dari sudut tindak balas fisiologi terhadap tekanan yang dihadapi.

Ketiga, dari sudut kebolehan organisma berinteraksi dengan faktor persekitaran yang menyebabkan tekanan dan menyesuaikan diri terhadap tekanan yang dihadapinya.

 

Terdapat beberapa punca berlakunya tekanan hidup.

1. Kekecewaan– berlaku apabila kehendak tidak dapat dicapai atau dipuaskan. Terdapat 5 bentuk halangan yang menyebabkan seseorang berasa kecewa:

a)    Kelewatan

b)    Kekurangan sumber (wang)

c)    Kegagalan

d)    Kehilangan

e)    Kesunyian

2)    Konflik– berlaku apabila dua atau lebih motif tidak dapat dipuaskan kerana yang satu itu mengganggu yang lain

3)    Emosi– konsep kendiri yang negatif melibatkan ketakutan dan kebimbangan

4)    Masalah keluarga– wujud akibat interaksi ahli keluarga yang bermasalah

5)    Tekanan sosial– masalah seperti penyesuaian tempat baru, penyesuaian diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Ia berpunca daripada sistem kehendak-nilai

6)    Tempat kerja– pengurusan organisasi yang tidak mantap akan menjejaskan produktiviti sesebuah syarikat

7)    Penggunaan bahan terlarang– dadah dan minuman keras

 

Antara kaedah untuk mengatasi tekanan hidup:

1)    Gunakan masa lapang secara proaktif dan berguna

2)    Tegaskan pendirian anda

3)    Uruskan konflik secara terbuka

4)    Elakkan bertingkah laku menyalahkan orang lain

5)    Belajar untuk mengatakan ‘tidak’ pada masa tertentu

6)    Bersenam

7)    Bersembahyang

8)    Jangan merokok, mengambil dadah dan minum minuman keras

9)    Rehat secukupnya

10) Makan makanan berzat

 

Sumber: Pengantar Psikologi, Mahmood Nazar Mohamed

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s