HAK HADHANAH (PENJAGAAN ANAK)

Ulasan bagi artikel “Harian Metro pada 18 Mei 2011 – Usah rampas fitrah ibu, anak”

Hari ini, isu perebutan anak bukanlah isu baru di alam melayu. Sebut sahaja pasal penceraian akan timbul siapa yang akan mendapat hak penjagaan anak-anak. Walaupun ianya bukannya suatu konflik yang serius  ianya menjadi topik pendebatan hangat terhadap ibu bapa sehingga dibawa ke Mahkamah Syariah setelah jalan keluar perbincangan secara rundingan gagal. Apa yang jelas perebutan dan persengketaan ini sebenarnya  berhubungkait dengan emosi kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung.

Berdasarkan hadis sahih dari Ibnu Umar ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud menyatakan bahawa:  “Telah diriwayatkan dari Abdullah Ibn Umar maksudnya bahawa seorang perempuan berkata, Ya Rasulullah sesungguhnya bagi anak laki-lakiku ini perutkulah yang mengandungnya, akulah yang menyusuinya dan pangkuan ku tempat perlindungannya. Tetapi tiba-tiba ayahnya merasa berhak mengambilnya dariku. Maka sabda Rasulullah SAW: engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum kahwin lagi”.

Seksyen 81 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta 303) menyebut ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan.

Walaupun ibu sebagai penjaga yang di dahulukan oleh hukum syarak dan peruntukkan undang-undang Syariah, fakta-fakta lain juga akan diambil kira oleh mahkamah sebelum membuat keputusan menyerahkan kanak-kanak ini kepada ibu.

Hak mutlak dan tunggal ibu bergantung kepada beberapa keadaan seperti diperuntukkan menurut Seksyen 83 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta 303) yang boleh menggugurkan hak jagaan sekiranya:

(a)  Penjaga wanita tersebut berkahwin lain dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak , sehingga menjejaskan kebajikan kanak-kanak,

(b)  Penjaga wanita tersebut berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka,

(c)  Penjaga wanita tersebut menukar pemastautinannya bagi tujuan mencegah bapa membuat pengawasan,

(d)  Penjaga wanita tersebut keluar agama (murtad),

(e)  Penjaga wanita tersebut telah dengan cuai atau menganiaya kanak-kanak tersebut.

Jika mahkamah berpendapat bahawa ibu hilang kelayakan hak hadhanah, hak tersebut akan berpindah mengikut keutamaan kepada penjaga kanak-kanak yang berhak mengikut Seksyen 81(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan ) 1984 (Akta 303) iaitu:

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;

(b) bapa;

(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;

(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(e) kakak atau adik perempuan seibu;

(f) kakak atau adik perempuan sebapa;

(g) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(h) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu;

(i) anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;

(j) emak saudara sebelah ibu;

(k) emak saudara sebelah bapa;

(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ‘asabah atau residuari:

Tujuan hak penjagaan anak (hadhanah) adalah ditujukan kepada kanak-kanak itu dan hak anak itu adalah lebih utama kerana kebajikanya adalah didahulukan dari kebajikan(hak) kedua ibubapanya. Di samping itu, mengutamakan kebajikan anak adalah dimestikan kerana dengan itu akan dapat mencapai perkara yang terbaik lagi elok untuk anak.

Kesimpulannya, untuk memutuskan isu hak penjagaan anak, mahkamah akan memberikan pertimbangan utama kepada kebajikan anak dengan melihat soalan kebajikan anak itu dari berbagai-bagai aspek. Pertimbangan juga diberikan kepada umur, jantina, agama anak tersebut, adat resam tempat dia dipelihara selama ini, latar belakang, bangsa, budaya dan kelakuan ibu bapanya. Faktor lain yang mesti diteliti selain daripada itu, faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh anak itu dari segi pelajaran dan material, kesihatannya dan perubahan dalam yang akan dialaminya perlu juga diambilkira.

Hal demikian juga tertakluk dengan memberi perhatian kepada kemahuan ibu bapa dan juga kemahuan anak itu, jika anak yang telah mencapai umur (mumaiyyiz) yang sudah dapat menyuarakan pendapatnya sendiri maka keputusan tersebut adalah atas kehendak anak.

 

5 thoughts on “HAK HADHANAH (PENJAGAAN ANAK)

    • Assalamualaikum Puan Nursaleha,

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Pihak SENADA akan menghubungi pihak tuan/puan dengan kadar segera. Mohon pihak tuan/puan meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan ataupun boleh terus merujuk pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap tuan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian Terima Kasih

      • Untuk makluman SENADA, saya telah emel En afif utk mendapatkan penjelesan. Terima kasih atas bantuan SENADA.
        Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

  1. Bolehkah saya sebagai kakak menuntut hak penjagaan adik-adik saya daripada bapa dan ibu saya yang sudah bercerai? Apa yang perlu saya lakukan dan dimana saya harus bawa masalah saya ini?

    • Assalamualaikum Puan,

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Pihak SENADA akan menghubungi pihak puan dengan kadar segera bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan puan akan dirujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my
      Sekian, Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s