ULASAN ‘MUSLIM WOMEN GROUP URGE GOVT TO CONSIDER SETTING UP NEW BODY’

 The Star, 19 Mei 2011 dalam artikel ‘MUSLIM WOMEN GROUP URGE GOVT TO CONSIDER SETTING UP NEW BODY’ melaporkan bahawa NGO muslim menggesa kerajaan untuk menubuhkan Child Support Body bagi membantu membayar nafkah bulanan anak-anak. Menurut NGO berkenaan, campur tangan kerajaan dalam isu ini mungkin boleh memberi penyelesaian yang lebih efektif dengan menggesa bekas suami membuat bayaran melalui peruntukkan undang-undang.

 SENADA berpandangan bahawa Biro Sokongan Keluarga (BSK) di bawah kawal selia Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM) adalah merupakan usaha kerajaan untuk menyelesaikan isu nafkah anak dan yang berkaitan. Biro Sokongan Keluarga adalah berdasarkan kepada sistemChlid Support Agency (CSA) yang dijalankan oleh negara-negara lain seperti United Kingdom, Australia, Scandinavian Countries dan Kanada.Malaysia merupakan negara Islam pertama yang mempunyai sistemserupa iaitu BSK.

 Di UK, CSA diperkenalkan pada tahun 2002 namun selepas 3 tahun pelaksanaan, Perdana Menteri ketika itu, Tony Blair telah mengarahkan supaya CSA dikaji semula kerana CSA memerlukan kos 330 billion untuk berfungsi secara optimum dan mempunyai 1.7 billion hutang tertunggak yang masih belum diterima daripada bapa kepada kanak-kanak yang diberi perlindungan. Pada tahun 2010, tunggakan CSA mencecah 3.69 billion. Di Australia, mereka mengamalkan sistem mediasi di mana pasangan dipanggil untuk menyelesaikan masalah dengan bantuan orang ketiga. Di New Orleans pula, terdapat kes seorang bapa membunuh bayinya sendiri kerana hendak mengelak daripada membayar kepada CSA.

 BSK bertindak mendahulukan nafkah yang perlu ditunaikan oleh bapa atau bekas suami kepada penjaga kanak-kanak iaitu ibu kanak-kanak tersebut. Syarat BSK untuk memberikan pinjaman kewangan hanya sekiranya perintah nafkah telah dikeluarkan oleh mahkamah dan apabila BSK mengenalpasti sama ada bekas suami boleh atau mampumembayar balik pinjaman kewangan tersebut.

 Walaubagaimanapun, BSK akan membantu mencari bekas suami dengan menjalankan siasatan bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pihak polis, pihak Kumpulan Wang Simpanan Persendirian (KWSP) dan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 Setakat ini sebanyak 400 daripada 800 kes telah diselesaikan oleh BSK melalui cara mediasi di mana pihak-pihak yang terlibat iaitu bekas suami dan isteri diminta untuk menyelesaikan masalah dengan bantuan orang ketiga. 40% kes lagi telah difailkan di mahkamah. Terdapat jugakes di mana pinjaman kewangan tidak dapat diberikan kepada pemohon (bekas isteri) kerana suami tidak mampu untuk membayar balik wang BSK kerana bekas suami seorang penagih dadah atau langsung tidak memiliki harta.

 Perlu ditekankan, wang BSK adalah berbentuk pinjaman, peruntukkan yang diterima BSK perlu dikutip semula daripada pemohonbagi membantu wanita lain yang berhadapan dengan masalah yang sama. Sekiranya wang tersebut tidak dibayar semula, BSK tidak mampu membantu wanita lain. Tujuan kerajaan memperkenalkan sistem bayaran balik secara ansuran ini adalah kerana kerajaan tidak mahu bekas suami mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Tanggungjawab terhadap anak-anak seharusnya tidak menjadi bebanan kepada kerajaan walhal bapa perlu menanggung kos kebajikan anak-anak sendiri. Bantuan kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan disalurkan kepada sesiapa yang dikenalpasti miskin atau miskin tegar dan tidak mampu lagi menambah pendapatan keluarga.

 Kesimpulannya, walau pun BSK telah beroperasi namun masih terdapat beberapa kekangan-kekangan seperti jumlah peruntukan, tempoh bantuan dihulurkan kepada penerima dan kesukaran di dalam mengambil tindakan pembayaran semula oleh pihak bekas suami bagi membolehkan dana BSK di isi semula, SENADA berpandangan sebuah lagi institusi CSA tidak perlu ditubuhkan kerana Malaysia sudahpun mempunyai BSK yang sehingga kini telah menjalankan fungsi dengan baik. Cuma adalah dicadangkan supaya BSK yang ditubuhkan tersebut diperkukuhkan lagi mungkin dengan menjadikannya sebuah Agensi atau Institusi yang mempunyai kuasa perundangannya sendiri di dalam melaksanakan objektif penubuhannya. SENADA juga mencadangkan supaya satu konsep BSK ditubuhkan juga bagi pasangan bukan Islam supaya kebajikan golongan bukan Islam juga terjaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s