KERATAN AKHBAR: MAHKAMAH SYARIAH MUNGKIN BEROPERASI MALAM SELESAI KES TERTUNGGAK

KOTA BAHARU: Mahkamah Syariah berkemungkinan akan beroperasi pada waktu malam serta pada cuti umum untuk menyelesaikan kes tertunggak serta mempercepatkan penyelesaian kes berkaitan isu rumah tangga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata langkah itu akan mampu menyelesaikan banyak perkara walaupun mahkamah pada masa ini mempunyai bilangan hakim yang mencukupi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Karnival Halal Kelantan di sini hari ini yang disempurnakan oleh Tengku Mahkota KelantanTengku Muhammad Fa-iz Petra.

Mengulas mengenai isu perceraian yang dilaporkan semakin banyak berlaku di negara ini, Mashitah berkata masyarakat tidak sepatutnya memandang isu berkenaan daripada sudut negatif semata-mata.

“Ini sebagai satu tanda pasangan suami isteri kini semakin memahami langkahuntuk bercerai di mahkamah sebagai langkah terbaik menyelesaikan masalahmereka,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagaimanapunsentiasa memberikan khidmat kaunseling sebelum pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai demi masa depan mereka.

Sumber: mStar Online, 29 Mei 2011 Ahad

Leave a comment