CEMBURU

Cemburu adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Cemburu juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik. Ia adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya samada lelaki atau perempuan, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia.

Dalam kehidupan berkeluarga, suami atau bapa perlu ada sifat cemburu dan sentiasa was-was kepada isteri dan anak-anak. Dalam hadith yang diriwayatkan oleh At-Tabrani, Rasulullah SAW menerangkan tentang DAYUS iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya. Dalam hadith yang lain, dayus diterangkan sebagai seseorang yang membiarkan kejahatan (zina, buka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan anak-anaknya)

Lelaki yang mempunyai tanggungjawab sebagai suami dan bapa perlulah kepada sifat cemburu kerana ia mampu mengawal tindak-tanduk ahli keluarga. Lelaki yang tidak endah atau risau dengan siapa isteri dan anak-anaknya bertemu, bergaul bebas dan tidak menjaga aurat adalah dianggap dayus. Ulama berpendapat, dayus adalah dosa besar.

Nabi SAW bersabda : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS (Riwayat Ahmad & An-Nasaie).

Walaubagaimanapun, perlu diingatkan sifat cemburu anda mesti berada pada keadaan terkawal dan tidak memudaratkan diri sendiri serta perhubungan. Kesan positif dan negatif boleh timbul daripada sifat cemburu ini. Positifnya jika perasaan berkenaan dapat menghalang seseorang itu daripada berlaku curang terhadap pasangannya. Namun, kesan negatif daripada  perasaan cemburu yang tidak terkawal sering kali membawa kepada perlakuan di luar batas kemanusiaan antaranya bertindak memukul, mendera dan membunuh jika hilang pertimbangan.

 TANDA CEMBURU

  • Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
  • Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.
  • Dia selalu mengintip dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan kamu. 
  • Dia mengugut membunuh diri jika kamu meninggalkannya.
  • Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan lelaki/perempuan lain.
  • Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/perempuan lain tertarik kepada kamu.
  • Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.
  • Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.
  • Dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.
  • Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.

TIPS MENGAWAL KEADAAN PASANGAN YANG CEMBURU

  • Memberi sepenuh kasih sayang dan perhatian supaya suami/isteri tidak syak wasangka.
  • Mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua belah pihak.
  • Jika hubungan jarak jauh, sering kali berhubung menggunakan telefon, sistem pesanan ringkas (sms), atau e-mel untuk mengeratkan kasih sayang.
  • Elak melakukan perkara yang membawa kepada cemburu pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.
  • Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita.Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.
  • Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.
  • Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

Cemburu itu tandanya cinta, sayang. Seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s