KULIAH TAFSIR AL-QURAN (Kelas Keempat)

Kuliah keempat ini, YBhg. Dato’ Dr. Fatma akan menghabiskan huraian Surah Yassin dengan menyambung huraiannya dari ayat 69, yang mana ayat ini menjelaskan bahawa apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W bukanlah sebuah syair. Al-Quran itu isinya bukanlah syair sepertimana yang didakwa oleh orang kafir. Ayat 70 memberitahu tentang Muhammad yang membawa kitab untuk orang-orang yang hidup.

Seperti yang telah diberitahu, keseluruhan ilmu terkandung dalam Surah Yassin. Ayat 71 hingga 73, menceritakan mengenai ilmu tentang haiwan. Haiwan itu diciptakan untuk manusia menunggangnya, untuk dimakan dagingnya, minum susunya dan memperolehi pelbagai manfaat daripadanya. Oleh sebab itu, manusia seharusnya bersyukur atas kurniaan tersebut.

YBhg. Dr. ada menyatakan betapa beruntungnya individu yang dilahirkan sebagai seorang muslim. Berbeza dengan orang kafir, mereka perlu mencari dan mengkaji tentang tuhan sebelum mereka sedar adanya tuhan yang satu. Malangnya, umat Islam masa kini bukan sahaja tidak tahu bersyukur, malah ada yang enggan mengaku mereka seorang muslim. Ayat 74 menceritakan mengenai orang kafir yang memohon bantuan dari berhala yang mereka sembah saban hari. Mereka memohon pertolongan dari berhala yang tidak bernyawa tu sedangkan hakikatnya, berhala itu yang memerlukan pertolongan dari mereka.

Ayat 75 menjelaskan lagi bahawa orang kafir ini diibaratkan sebagai akal yang tidak bergerak. Sebab itu mereka ini diperbodohkan dengan sembahan yang langsung tidak akan dapat membantu mereka. Berhala itu sendiri amat memerlukan pertolongan mereka. Apabila kotor ia perlu dibersihkan, malah makanan juga perlu disediakan jika berhala itu ‘lapar’. Sebagai contoh, Mahatma Gandhi, berpuasa selama 3 bulan bagi menuntut kemerdekaan India, seorang pejuang yang dikenali seluruh dunia, tetapi apabila lalu dihadapannya seekor lembu, beliau terus sujud kerana menganggap lembu itu sebagai tuhan.

Ayat 76, amat sesuai dibaca ketika kita dalam kesedihan, sukar untuk tidur, susah hati atau difitnah. Ayat ini menyatakan bahawa biarpun orang kafir menuduh Nabi Muhammad S.A.W.  itu tukang sihir, tukang syair, jangan sekali-kali bersedih kerana Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati mereka. Jangan hiraukan mereka kerana mereka itu jahil.  Ayat 77 memperkatakan tentang ilmu penciptaan manusia, yang mana, diingatkan bahawa manusia itu diciptakan dari setitis air benih, lahir dari dua tempat kencing. Bagaimana manusia itu boleh ingkar akan suruhan Allah.

Ayat 78 pula menceritakan tentang seorang bernama Umaiyah, telah mengambil seketul tulang yang telah buruk dan membalingnya ke muka Rasulullah sambil meminta Rasulullah menyuruh Allah menghidupkan semula tulang tersebut jika benar Allah boleh menghidupkan manusia sesudah mati.  Ayat 78 dan 79 boleh dibaca jika ada tulang patah atau rasa sakit pada urat.

Ayat 80 menceritakan mengenai ilmu mencipta mancis. Bagaimana dari pokok boleh keluarnya api hasil daripada tindakan geseran sedangkan di dalam pokok itu terkandung air. Sesungguhnya Allah boleh menjadikan api dari air. Ayat 81, merujuk kepada cabaran Umaiyah mengenai kekuasaan Allah menghidupkan manusia sesudah mati, dimana sedangkan Allah mampu mencipta langit 7, bumi 7, maka tidak perlu dipersoalkan akan keupayaan Allah untuk menghidupkan manusia selepas mati.

Ayat 82 menyatakan jika Allah kata jadi, maka jadilah. Contohnya, penciptaan Adam dan Hawa, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Malah pokok yang tidak pernah mengeluarkan buah sekalipun, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Pasti pokok itu akan berbuah. Ayat ini dipanggil ayat serba serbi. Berdasarkan YBhg. Dr., terdapat 6 kes yang mana salah satunya melibatkan penghidap kanser, setelah mengamalkan ayat ini, dengan izin Allah kanser tersebut hilang. Selain itu, ulama, imam Masjidil Haram mempunyai buku mengenai cara merawat dengan menggunakan ayat ini, iaitu dengan membaca ayat ini sebayak 100 kali dan minum air zamzam selama 41 hari. Seelok-eloknya pesakit itu sendiri yang membaca dan mengamalkannya.

Selain itu, disarankan sebelum menjamah apa-apa, minum air yang telah dibaca dengan ayat ini. Bukan itu sahaja, ayat ini juga sesuai untuk mereka yang inginkan zuriat, sedang mencari jodoh, kaedahnya ialah malam apabila bangun untuk bersolat Tahajud, sewaktu berzikir sambil memegang tasbih, niatkan di dalam hati apa yang dihajatkan.

Ayat 83, Maha suci Allah bagi segala kerajaan dibawah kekuasaan-Nya, sesungguhnya sampai masa kita semua akan kembali pada-Nya.

Selesai sudah perbincangan mengenai Surah Yassin. Kuliah seterusnya, YBhg. Dr. akan membawakan perbincangan untuk surah yang lain pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s