PENDERAAN MERENDAHKAN KEDUDUKAN ISTERI

Saban hari kita mendengar atau membaca kisah sedih isteri yang menjadi mangsa penderaan suami. Ada kes isteri ditampar, ditumbuk, ditendang, diletak seterika panas, ditarik rambut, dihentak kepala ke dinding dan pelbagai tindakan lain yang bukan sahaja tidak wajar malah tidak logik diperlakukan oleh suami. Persoalan yang terlintas disanubari kita adalah kenapa seorang suami sanggup dan sampai hati mendera isterinya sedangkan isteri adalah teman hidupnya yang dipilih sendiri? Lupakah suami akan isteri yang sentiasa bersamanya dalam jatuh dan bangunnya? Ke mana perginya nilai kasih sayang suami yang selama ini membentuk lubuk pahala dalam keluarga?

 Perselisihan faham, berbeza pendapat serta berbalah antara suami dan isteri merupakan perkara yang lumrah dan tabii. Hal ini timbul disebabkan perbezaan latar belakang antara pasangan kerana setiap daripada kita memiliki perwatakan dan keperibadian tersendiri hasil latar belakang, ilmu pengetahuan, kaedah dibesarkan, status dan tahap kehidupan yang berbeza. Situasi inilah akan mempengaruhi pemikiran, pertimbangan, pendekatan atau penilaian terhadap sesuatu perkara. Perbezaan ini tidak sepatutnya menjadi punca pergaduhan tetapi satu nilai tambah bagi pasangan untuk saling melengkapi antara satu sama lain seperti kata Tom Cruise dalam filem Jerry McGuire “You complete me”.

 Islam menyarankan bahawa dalam hubungan perkahwinan setiap pasangan mestilah menerima antara satu sama lain seadanya dan berusaha untuk memperbaiki kekurangan masing-masing. Di samping itu, suami dan isteri juga haruslah menerima perubahan pasangan dan berubah supaya sentiasa seiring dengan perubahan pasangan. Semakin meningkat usia, peningkatan ilmu dan pengalaman pasti mengubah setiap individu sama ada dari sudut pemikiran, kerjaya dan agama.

 Apabila berlaku pergaduhan, pasangan suami isteri dinasihatkan untuk fikirkan segala kebaikan yang pernah dan telah dilakukan oleh pasangan masing-masing. Sekiranya isteri masih tidak mematuhi kehendak suami, ikutlah saranan Allah SWT dalam surah al-Nisa` ayat 4 yang menggariskan tiga tahap didikan ke atas isteri nusyuz iaitu dengan menasihati, memisahkan tempat tidur dan akhir sekali, memukul. Perbahasan ulama memutuskan bahawa pukulan mestilah tidak dilakukan di bahagian sensitif pasangan dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

 Kaedah memastikan isteri patuh dengan bertindak ganas atau menakutkan pasangan adalah amat tidak wajar kerana ianya membawa keburukkan bukan sahaja kepada suami dan isteri malah mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan itu sendiri. Hubungan yang sepatutnya dilayari dengan rasa kasih sayang dan kebahagiaan tidak perlu dibayangi sifat takut dan benci kepada suami. Suami yang berjaya memastikan isterinya patuh kepadanya tanpa menggunakan kekerasan atau kekasaran adalah suami yang BIJAK. Bijak berfikir dan bijak menganalisa isteri. Manakala suami yang bertindak ganas pula amat rugi kerana isterinya kelak hanya akan mula melayannya kerana takut dan benci bukan kerana kasih sayang lagi. Sekiranya suami berterusan bersikap kejam, memukul tanpa sebab dan melayan isteri secara keterlaluan, maka isteri akan mula mencari jalan keluar.

 Di Malaysia, terdapat peruntukan khusus yang menjelaskan sebab perceraian boleh dituntut terutamanya disebabkan penderaan di Mahkamah Syariah. Proses ini dipanggil perceraian secara fasakh. Namun, perkahwinan masih boleh diselamatkan dengan syarat suami berubah dan isteri kembali patuh kepada suami atau melantik orang tengah(Hakam) yang akan berusaha menilai dan menasihati pasangan terbabit.

 Ketahuilah wahai suami, anda sebenarnya merendahkan kedudukan isteri dengan menderanya secara mental, fizikal mahupun emosi. Isteri juga merupakan ibu kepada anak-anak kita. Menghormati isteri adalah sifat yang perlu ada dalam diri semua suami sepertimana isteri mesti menghormati suami. Seperti kata pepatah “Respect is not ever assigned, it’s earned” dan “Men are respectable only as they respect”.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s