7 TANGGUNGJAWAB SELEPAS PERCERAIAN

HUBUNGAN kekeluargaan dalam sistem rumah tangga Islam tidak terhenti setakat lafaz cerai. Sistem kekeluargaan dalam Islam sangat sempurna dan adil kepada semua pihak di kalangan ahli keluarga. Asas pembinaan istitusi kekeluargaan meletakkan peranan dan tanggungjawab suami, isteri, ayah, ibu dan anak begitu ekslusif bagi membangunkan keharmonian masyarakat kerana pembentukan masyarakat bermula  dari rumah.

Sungguhpun ikatan pernikahan putus akibat pembubaran perkahwinan seperti persetujuan bersama, lafaz cerai di luar mahkamah, fasakh, taklik, khuluk atau anggapan kematian yang mengakibatkan jatuhnya talak, Islam memberi ruang kepada pasangan suami isteri untuk terus berhubung antara satu sama lain dengan batas pergaulan yang diharuskan oleh hukum syarak terutamanya bagi menjalankan tanggungjawab hakiki. Matlamat ini murni bagi memastikan hak dan kepentingan bekas suami, bekas isteri dan anak dilindungi.

Hak yang boleh dituntut di mahkamah selepas sesuatu perceraian berlaku ialah:

Nafkah iddah

Nafkah iddah adalah nafkah yang wajib disediakan kepada bekas isteri semasa dalam tempoh iddah talak raji’e. Mengikut hukum syarak, seorang isteri yang taat berhak mendapat nafkah daripada suaminya. Undang-undang Keluarga Islam memperuntukkan bahawa mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki sama ada suami atau lelaki lain yang tertentu seperti anaknya yang berkemampuan membayar nafkah kepada seseorang isteri. Selain dari nafkah diri,

Mut`ah

Mutaah adalah satu bayaran sagu hati atau pemberian yang wajib ke atas suami diberi kepada isteri yang diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.

Kadar mut`ah boleh ditentukan menerusi persetujuan kedua-dua belah pihak. Sekiranya ada pertikaian mengenai kadar ini, mahkamah akan menentukan kadar bayaran mut`ah itu.

Harta sepencarian

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan oleh hukum syarak.

Tuntutan harta sepencarian ini hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Hak jagaan anak (Hadhanah)

Hadhanah bermaksud penjagaan anak-anak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri.

Mengikut hukum syarak dan Undang-undang Keluarga Islam yang berkuat kuasa, ibu adalah orang yang paling berhak bagi menjaga anaknya yang masih kecil (di bawah umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan).

Bagi anak yang melebihi had umur di atas, jika berlaku pertikaian mengenai hak jagaan anak, mahkamah akan menentukan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh anak itu sama ada hendak tinggal bersama ibu atau bapa.

Tuntutan hak jagaan anak (hadhanah) hendaklah dikemukakan ke Mahkamah Tinggi Syariah.

Nafkah anak

Nafkah anak adalah suatu nafkah yang wajib ke atas seseorang bagi menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan orang lain.

Tunggakan nafkah

Tunggakan nafkah adalah nafkah yang tidak ditunaikan oleh suami kepada isterinya dalam tempoh perkahwinan dan menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Tunggakan ini boleh dituntut di mana-mana Mahkamah Syariah.

Hak tempat tinggal

Seseorang perempuan yang diceraikan berhak tinggal di rumah di mana dia biasa tinggal ketika dia dalam perkahwinan selama iddah. Suami adalah berkewajipan menyediakan tempat tinggal yang sesuai dan munasabah untuk isterinya sama ada secara menyewa atau milik suami itu sendiri. Isteri juga boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah sekiranya suami tidak menyediakan keperluan tersebut.

Sumber:http://intim.wordpress.com

18 thoughts on “7 TANGGUNGJAWAB SELEPAS PERCERAIAN

  1. Saya ingin bertanya,
    1. jika seseorang perempuan yang telah bercerai dan telah berkahwin lain, adakah layak dia mendapat nafkah iddah?
    2. jika anak2 dibawah jagaan ibu kepada bekas isteri (bekas mak mentua) adakah wajar bekas isteri menerima nafkah? nafkah anak2 telah diberi kepada mak mentua kerana mak mentualah yang menjaga anak2 setiap masa?

    • Assalamualaikum Encik Khairil,
      Terima kasih kerana telah menghantar komen di blog kami. mohon Encik Khairil untuk meninggalkan nombor telefon supaya pihak kami dapat menghubungi pihak tuan dengan kadar yang segera ataupun Encik Khairil boleh menghubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang ataupun terus merujuk kepada Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap tuan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian Terima Kasih

    • Salam,
      Saya merasakan atau lebih berguna soalan kami perlu dijawab dan dikongsi kepada pembaca disini.

      Sekian, terima kasih.

    • salam sudara khairi… seorang perempuan yang telah bercerai layak dpatkan nafkah iddah… tetapi ianya hanya pada tempoh 3 bulan saha iaitu tiga kali suci selepas berlakunya penceraian… selepas tempoh itu nfkah iddahtak lagi diterima……

      nafkah isteri dan anak2 adalah satu hak yang berbeza adalah tidak wajar untuk kedua2nya ini di samakan… buat makluman saudara khairi…. isteri tetap layak dpatkan hak beliau , begitu juga untuk anak2….meskipun ianya dijaga oleh mak mentua…. maklumat tambahan boleh rujuk buku undang2 keluarga islam di malaysia .. karangan ahmad ibrahim.. terbitan lexis nexis…. tq

  2. Salam, apakah seorang isteru nusyuz tetap berhak utk dapat a) Nafkah edah b) mutaah dan c) hak penjagaan anak? katakan anak berusia bawah 2 tahun. ada peguam syarie memberitahu isteri itu akan hilang hak dia. dan boleh juga dituntut hak jagaan anak. harap dapat beri penjelasan.

    • Assalamualaikum

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Pihak SENADA akan menghubungi pihak tuan/puan dengan kadar segera. Mohon pihak tuan/puan meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan ataupun boleh terus merujuk pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap tuan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian Terima Kasih

  3. Assalam. Sy bercerai pd thn 2004. Sblm bercerai, dlm majlis sulh, bekas suami pernah berkata depan pegawai sulh, bahawa dia benci saya, kenapa mesti dia beri saya nafkah? Sy mengatakan jika dia tak nak beri tak apa, saya tuntut d akhirat kelak. Semasa cerai, hakim ada mengarahkan saya tak boleh tuntut nafkah iddah d mana2 mahkamah d dunia. Minta pandangan

    • Assalamualaikum Puan Hapipah

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Pihak SENADA akan menghubungi pihak tuan/puan dengan kadar segera. Mohon pihak tuan/puan meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan ataupun boleh terus merujuk pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap tuan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian Terima Kasih

  4. Assalamualaikum
    saya ingin mengetahui adakah seorang bapa masih ada hak atas anak2nya apabila sibapa itu langsung mengabaikan nafkah untuk anak2?
    Saya baru sahaja diceraikan pada 02.08.2012 @ Ramadhan 13, didlm mahkamah ketika hakim bertanya pada saya adakah perkara yang perlu dijelaskan sebelum perkahwinan ini dibubarkan, saya telah mengemukakan soalan tentang Nafkah kerana bekas suami tidak mengisi ruangan Nafkah dalam Borang daftar cerai (Bekas suami Failkan pendaftaran Cerai ini) dengan alasan mahkamah suruh bincang bersama sedangkan tiada langsung perbincangan dilakukan antara kami. namun Hakim telah mengingatkan Bekas suami bahawa saya tidak nusuz dan berhak mendapat segala hak yang ditetapkan dalam islam begitu juga dengan hak dalam iddah dan nafkah anak2. namun sehingga tarikh skrg saya tidak mendapat sebarang nafkah dalam iddah & anak2, malahan saya terpaksa keluar rumah yg kami huni sekarang sbb bekas suami telah memberitahu pemilik rumah bahawa kami telah berpindah dan segalanya terletak dibawah tanggungan saya tanpa dibantu oleh bekas suami termasuk perbelanjaan diri, anak2, sekolah, isi rumah dan perpindahan rumah termasuk beberapa tunggakan hutang lain atas nama saya. walaupun saya bekerja tetapi tanggungan saya hadapi melebihi kadar kemampuan saya sehingga terpaksa memohon bantuan keluarga saya dalam hal urusan penjagaan dan persekolahan anak2 termasuk makan pakainya. saya telah cuba bermacam cara untuk menuntut hak kami termasuk menghantar email kepada majikannya ( suami kakitangan kerajaan- Universiti) dan keluarganya tetapi tetap kami tidak dapat hak kami, cuma bonus raya sahaja itupun sbhgn shj slps saya menghntar email kpd majikannya, segalanya saya gunakan untuk keperluan anak shj.
    suami bagi alasan tidak mampu, dan katanya saya lebih berkemampuan darinya kerana saya berpangkat lebih tinggi, tetapi dari segi logik, jika semua telah tergantung di bahu saya dimanakah kadar ukuran kemampuan saya dimatanya?.
    suami seperti menidakkan hak saya walaupun telah jelas hakim ingatkan tentang hak kami. Suami betul2 melepaskan tanggungjawabnya dan membiarkan saya memikul beban sendirian, tetapi menuntuy haknya sebagai bapa, dan saya tidak menghalang dia berjumpa anak2, cuma kuasa Allah suami jadi segan sendiri pada keluarga saya, sehinggakan anak2 langsung tidak dihubungi..
    cuma sekarang ini saya cuma mahukan hak saya sebagai isteri, dalam iddah, mutaah dan nafkah anak2 terbela..kerana dalam kes kami suami yang nekad mahukan perceraian sedangkan kami masih boleh dikaunseling.
    Saya buntu mencari cara untuk menyelesaikan tentang hak saya & anak2. saya tidak mahu tuntut harta sepencarian sesen pun dari suami. hanya hak kami sahaja yang saya mahukan

    sekian terima kasih.

    • Salam puan,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami.Mohon puan meninggalkan email atau nombor telefon atau hubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang ataupun terus merujuk kepada Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap puan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian terima kasih

  5. Assalammualaikum………….

    (Sedikit cerita yang berlaku)

    Saya telah bercerai lebih kurang 1 tahun yang lalu. Selama perkahwinan, kami dikurniakan seorang zuriat perempuan yang berusia 3 tahun pada masa sekarang. Perceraian ini telah difailkan oleh saya. Ini adalah disebabkan bekas isteri saya mempunyai hubungan bersama lelaki lain dibelakang pengetahuan saya. Sebelum perceraian dilakukan di mahkamah, pertengkaran kali pertama telah berlaku disebabkan sms berbaur sayang telah diterima oleh bekas isteri. Bekas isteri telah keluar dari rumah dan dia bersama keluarganya telah membuat satu aduan ke Majlis Agama Islam. Pihak Majlis Agama Islam telah memanggil kami untuk dikaunseling. Selepas dikaunseling, bekas isteri telah berjanji di hadapan Ustazah yang memberi kaunseling kepada kami untuk tidak melakukan perkara sebegitu lagi. Kami saling bermaafan. Selepas 2 minggu dari tarikh kaunseling berkenaan, perkara yang sama diulangi lagi oleh bekas isteri. Kali ini Allah s.w.t menggerakkan hati saya untuk menyelongkar beg tangan kepunyaan bekas isteri semasa dia sedang nyenyak tidur. Saya telah menjumpai sebuah handphone lain yang tidak pernah diketahui oleh saya. Di dalam handphone berkenaan, saya telah terlihat pelbagai sms dari lelaki yang berbaur sayang. Lelaki berkenaan adalah lelaki yang sama. Sekali lagi saya di duga dengan hebatnya. Di situlah bermulanya pertengkaran besar. Pada keesokannya harinya, saya telah keluar dari rumah untuk tinggal bersama keluarga saya bagi mengelakkan pertengkaran yang lebih dahsyat lagi akan berlaku. Apabila saya pulang semula ke rumah, tiba-tiba saya melihat segala barang-barang anak dan pakaian bekas isteri tiada lagi. Laporan juga telah saya buat sebab merisaukan anak yang berada pada bekas isteri. Setelah beberapa hari menunggu, bekas isteri tetap tidak pulang juga. Jadi, saya ke Pejabat Agama terdekat untuk memfailkan perceraian. Tarikh untuk bercerai telah ditentukan oleh mahkamah iaitu pada bulan puasa tahun 2011, akan tetapi bekas isteri tidak menghadirkan diri. Dan tarikh baru diberikan oleh mahkamah iaitu sebulan selepasnya (dalam raya tahun 2011). Kali ini, bekas isteri menghadirkan diri. Itulah kali pertama saya dapat berjumpa semula dengan anak saya. Setelah disahkan bercerai, bekas isteri ke rumah kami untuk mengambil barang-barang lagi.

    Pertanyaan disini:
    1. Melalui kes saya ini, boleh ke bekas isteri menuntut nafkah iddah sedangkan dia telah keluar rumah padahal saya telah menyediakan dan membiarkan dia bersama anak untuk mendiami rumah berkenaan?
    2. Melalui kes saya ini, akibat dari perbuatannya saya telah mengharamkan apa-apa pendapatan saya untuk diberikan kepadanya kecuali hanya untuk anak saya?
    3. Melalui kes saya ini, saya telah memberikan 3 3/4 dari barang-barang didalam rumah berkenaan untuk bekas isteri?

    (Tambahan sedikit cerita yang sedang berlaku)

    Sebelum ini, saya dapat juga menjaga dan melepaskan kerinduan terhadap anak dengan bergilir-gilir secara bulanan. Akan tetapi, penghujung bulan februari 2012 saya telah memulangkan anak kepada bekas isteri kerana gilirannya pula untuk menjaga. Kemudian, sehingga hari inilah saya masih lagi tidak dapat berjumpa dengan anak saya. Pelbagai alasan diberikan apabila saya ingin mengambil dan berjumpa dengan anak. Pelbagai usaha saya cari untuk mengetahui tempat tinggalnya dan perkembangan anak. Dalam masa itu, pelbagai cerita telah saya dengar dari beberapa pihak yang dipercayai. Pergaulan bekas isteri terlampau sosial, dan telah berubah selepas bercerai. Susulan daripada itu, saya telah memfailkan tuntutan hadhanah secara peribadi (tanpa peguam) untuk mendapatkan perintah bertulis daripada mahkamah yang mulia untuk hak saya sebagai bapa kandung tidak dinafikan oleh bekas isteri. Pihak mahkamah telah mengeluarkan satu surat untuk mengadakan Sulh terlebih dahulu agar perbincangan diluar mahkamah dapat dibuat. Akan tetapi Majlis Sulh berkenaan telah gagal sebanyak 3 kali disebabkan bekas isteri tidak mahu hadirkan diri. Fail saya telah dimajukan kepada mahkamah untuk dibicarakan. Dalam masa menunggu tarikh sebutan, pelabagai cerita dan fakta telah saya terima dari sumber yang boleh dipercayai.
    a) Seorang hamba Allah s.w.t mendedahkan kepada saya pelbagai perlakuan buruk bekas isteri:-
    i. Gambar bekas isteri berpakaian menjolok mata.
    ii. Bekas isteri mengalami kesempitan hidup dari segi kewangan sehingga meminta-minta dari orang ramai.
    iii. Bekas isteri tidak membataskan pergaulannya berlainan jantina sedangkan dia ingin menjaga anak saya.
    iv. Bekas isteri pernah di tangkap oleh Jabatan Agama Negeri Sembilan atas pertuduhan “PERCUBAAN MELAKUKAN PERSETUBUHAN HARAM” (Saya mempunyai surat pengesahan tangkapan dari Penguatkuasa Agama Negeri Sembilan)
    v. Bekas isteri pernah mengandung dan pernah menggugurkan kandungan dengan memakan ubat. (Saya ada salinan perbualannya bersama kawan perempuannya dari Laman Sosial)
    vi. Anak saya telah mengalami retak tulang tangan.
    vii. Anak saya pernah diserahkan kepada seseorang yang menggelarkan dirinya isteri bekas tunang bekas isteri saya atas sebab masalah kewangan untuk mengeluarkan kereta bekas isteri saya yang telah di tarik oleh pihak bank.

    Oleh disebabkan pelbagai cerita dan fakta saya telah terima, saya telah memasang peguam untuk mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya. Kos bagi tuntutan berkenaan RM 6 ribu lebih. Segala dokumen yang saya perolehi, saya telah serahkan kepada peguam saya. Peguam saya pernah memberikan harapan kes saya ini boleh menang. Akan tetapi setelah hampir setahun kes saya ini berlangsung, tiba-tiba peguam saya berbincang dengan saya beberapa hari lepas selepas sebutan kali ke berapa pun saya dah tak ingat, peguam saya memberikan saya cadangan untuk berbincang secara diluar mahkamah dengan saya boleh dpatkan akses sahaja. Agak terlalu kecewa juga apabila mendengar perkara demikian. Dengan sanggup berbayarkan RM6 ribu lebih untuk mendapatkan hak sepenuhnya (risaukan pendidikan dan pendedahan diberikan kepada anak) itu cadangan dari peguam. Kecewa……. Kecewa……. Kecewa…….

    Pertanyaan di sini:-
    1. Bolehkah saya memenangi kes ini, tambahan pula sekarang ini saya telah membina keluarga yang baru bersama seorangf ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan?
    2. Bagaimana pula cadangan dari pihak tuan?

    Minta maaf agak terlalu panjang juga.

    dari bapa yang merindui dan merisaukan tumbesaran anak
    012-9156139

    Sekian terima kasih………..

    • Assalamualaikum Encik Zulkarnain,

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Pihak SENADA akan menghubungi pihak tuan dengan kadar segera bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan tuan akan dirujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my
      Sekian, Terima kasih

  6. Assalamualaikum…
    Sebelum ini saya pernah memfailkan kes perceraian ke pejabat agama atas sebab suami telah melafazkan cerai melalui pesanan ringkas (SMS). Akan tetapi, kes tersebut tidak dapat diselesaikan memandangkan setelah beberapa kali sebutan kes, suami tidak pernah hadir ke mahkamah. Suami juga sukar untuk dihubungi memandangkan beliau bertugas di Indonesia dan saya juga tidak mempunyai alamat untuk menghubunginya. Soalan yang ingin saya ajukan adalah bagaimana untuk menyelesaikan kes tersebut dan untuk menuntut nafkah anak dan sebagainya. Kes tersebut telah berlarutan selama empat tahun sejak 2010 dan saya sendiri tidak tahu apakah status sebenar hubungan ini dan saya mengharapkan agar tuntutan nafkah dapat diselesaikan untuk keperluan anak saya. Setakat ini, saya tidak lagi pernah berjumpa dengan suami dan nafkah tidak lagi diberi. Dan ada kemungkinan dia telah berkahwin lagi. Mohon pihak di sini dapat membantu atau memberi cadangan atau tindakan yang perlu saya buat memandangkan tiada lagi harapan untuk kami meneruskan hubungan sebagai suami isteri. Ini kerana sebelum ini masalah rumahtangga sering terjadi kerana suami mempunyai banyak hubungan sulit di luar dan tinggal bersama perempuan lain tanpa nikah. Sekali lagi saya memohon agar ada jalan untuk menamatkan dilema ini agar kami dapat meneruskan hidup dengan tenang tanpa dibelenggu masalah yang tergantung sekian lama.

    • Assalamualaikum Puan,

      Terima kasih kerana telah meninggalkan komen di blog SENADA. Mohon puan untuk mninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi puan. Pihak SENADA akan menghubungi pihak puan dengan kadar segera bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan puan akan dirujuk kepada pegawai yang bertanggungjawab iaitu Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my.
      Sekian, Terima kasih

  7. Saya nak tanya suami saya dah 5 tahun tak pernah bagi nafkah dekat saya..apakah hukum bila suami tak pernah memberi nafkah kepada isterinya selama bertahun-tahun

    • Assalamualaikum Puan Azilah,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami. Pihak kami akan menghubungi puan dengan kadar yang segera. Mohon puan untuk meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi puan ataupun puan boleh menghubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang atau nasihat ataupun terus merujuk kepada Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes dengan lebih jelas.

      Sekian Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s