KEGANASAN RUMAH TANGGA

             Keganasan rumah tangga adalah suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya. Selalunya, si perlaku secara sengaja atau tidak sengaja cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal, ugutan, gangguan emosi dan gangguan pertuturan (maki hamun dan cacian). Si perlaku juga, memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya. Selain itu, mangsa dikurung atau menahan tanpa kerelaan mangsa.

            Keganasan rumah tangga timbul disebabkan tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga oleh pasangan suami isteri. Latar belakang keluarga juga punca masalah ini berlaku, ini disebabkan oleh kehidupan ibu bapa mereka yang bermasalah dan memberi kesan kepada anak mereka setelah berkahwin. Mereka yang mempunyai pasangan penagih dadah atau berjudi juga memberi kesan dalam rumah tangga. Hal ini kerana mereka tidak dapat mengawal diri dan emosi disebabkan oleh kesan pengaruh dadah dan alkohol. Masalah ekonomi juga turut mengundang keganasan rumah tangga apabila kesempitan dari segi kewangan.

            Terdapat beberapa langkah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga. Antaranya ialah pasangan hendaklah menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga. Selain itu pasangan suami isteri juga perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka masing-masing, agar mereka dapat mengatasi masalah yang timbul. Jika setiap pasangan berpegang teguh kepada agama, masalah yang timbul dapat diatasi dengan cara yang baik.

            Masalah keganasan rumah tangga perlu dibendung dari awal kerana ia bolah meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan. Hal ini kerana, si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Malah si mangsa berasa dalam situasi yang tidak selamat. Jika dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka masa panjang. Keganasan rumah tangga juga akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapa mereka apabila mereka meningkat dewasa kelak. Mereka juga berpotensi untuk menjadi pendera. Jika ia berterusan, jalan terakhirnya akan berlakunya penceraian. Ibu yang diceraikan terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah setelah menjadi ibu tunggal. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka. Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan masalah sosial lain.

            Keganasan rumah tangga boleh dibendung di peringkat awal sekiranya pasangan dapat mengenalpasti punca berlakunya sesuatu masalah agar tidak memudaratkan si mangsa. Pasangan anda perlu cuba ambil langkah berbincang agar tidak berlaku lagi penderaan yang serius. Jika masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan, pasangan boleh mendapatkan bantuan orang ke tiga dikalangan kedua-dua keluarga, orang terdekat atau hubungi Jabatan Pembangunan Wanita (Unit Kaunseling) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat agar pasangan dapat mencari jalan penyelesaian.

            Sekiranya keganasan rumah tangga itu di tahap serius, si mangsa perlu mendapatkan rawatan doktor jika berlaku kecerderaan dan membuat aduan kepada pihak polis. Si mangsa juga perlu melaporan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari terus memukul sekiranya si mangsa khuatir yang pendera akan mencederakan si mangsa lagi.

            Terdapat beberapa kesan kesihatan disebabkan keganasan rumah tangga kepada si mangsa. Antaranya ialah kecederaan pada anggota badan seperti lebam, luka, patah tulang yang menyebabkan kecacatan kekal dan ada juga yang boleh membawa kematian. Dari segi kesan psikologi atau mental, wanita yang didera oleh pasangan akan mengalami lebih kemurungan, rasa cemas dan ketakutan dibandingkan dengan wanita yang tidak didera. Mereka lebih cenderung untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri apabila merka berasa terancam.

            Masalah keganasan rumah tangga boleh dibendung sekiranya ketua keluarga dapat memupuk rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati. Masyarakat perlu membanteras gejala penganiayaan dan keganasan rumah tangga yang berleluasa masa kini. Oleh itu, perlu adanya kesedaran tentang hak suami dan isteri adalah antara langkah-langkah yang perlu ditekankan. Didikan agama yang sempurna dapat menghidupkan di dalam jiwa yang penyayang, tanggungjawab dan adil.

 

5 thoughts on “KEGANASAN RUMAH TANGGA

    • Salam puan,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami.Mohon puan meninggalkan email atau nombor telefon atau hubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang ataupun terus merujuk kepada Pegawai yang berkenaan, Tuan Hafisol di talian 03-8323 1000 sambungan 1712 atau melalui email hafisol@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap puan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian

  1. hello,
    salam sejahtera,
    bolehke tolong saya ,saya menhadapi masalah dengan suami saya,saya berkhawin pada 2010,dapat anak seorang lelaki pada akhir tahun 2011.Tetapi selepas khawin saya dapat menghadapi banyak masalah ia itu suami saya mencurigakan saya.dan menyalahkan saya .mencurigakan saya darisegi;apabila saya pergi ke kedai,pasar malam membeli barang keperluan bersama suami katanya saya melihat pada lelaki lain,apabila dapat guna handphone,katanya saya hubungan dengan lelaki lain,mendera dengan pelbagai perkataan.pergi ke university sambung belajar,jumpa doktor semasa mengandung baby.dan bercurigakan terhadap doktor,kawan,adik , jiran dan semua lelaki.dan paksakan saya berseronok….tak memberi kasih sayang sewaktu mengandung baby….tak bagi makanan yang saya inginkan…..apabila saya keluar dari rumah……dia kata saya sukakan lelaki lain..kini saya sudah berpisah dengan dia….selama-lamanya dan ingin apply penceraian …..jadi tolong terangkan bagaimana nak apply cerai saya hendak cerai dia.dan tidak suka hidup dengan dia.

    • Salam puan,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami.Mohon puan meninggalkan email atau nombor telefon atau hubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang ataupun terus merujuk kepada Pegawai yang berkenaan, Cik Shazreen Nadia Binti Saaban di talian 03-8323 1000 sambungan 1717 atau melalui email shazreen@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap puan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

      Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s