PEMBATALAN PERKAHWINAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG SIVIL

Perkahwinan yang dilangsungkan sebelum berkuat kuasanya Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 sama ada mengikut adat Cina,  agama Hindu atau di bawah statut (undang-undang) diiktiraf sebagai sah termasuk juga perkahwinan poligami. Perkahwinan dianggap sah sehingga dibubarkan dengan kematian salah satu pihak, dengan perintah mahkamah atau dengan perintah pembatalan perkahwinan.

Di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, seorang suami atau isteri boleh mengemukakan suatu permohonan kepada Mahkamah untuk suatu dikri pembatalan mengenai suatu perkahwinan. Dalam pembatalan perkahwinan, dua konsep adalah relevan iaitu perkahwinan tidak sah dan perkahwinan boleh tidak sah.

Terdapat beberapa perbezaan antara perkahwinan tidak sah dengan perkahwinan boleh tidak sah, antaranya adalah seperti yang berikut:

(a)       Dalam perkahwinan tidak sah, suatu perkahwinan tidak sah untuk diadakan, manakala dalam perkahwinan boleh tidak sah, perkahwinan sah diadakan sehingga dibatalkan.

(b)       Dalam perkahwinan tidak sah, keputusan sama ada perkahwinan itu sah atau tidak boleh dibuat ketika perkahwinan itu dilangsungkan, manakala dalam perkahwinan boleh tidak sah, keputusan hanya boleh dibuat apabila keadaan tertentu berlaku setelah perkahwinan itu sah diadakan.

Sebelum suatu permohonan pembatalan perkahwinan dibuat, pemohon hendaklah membuktikan kepada Mahkamah bahawa terdapat alasan yang menyebabkan suatu perkahwinan itu tidak sah atau boleh tidak sah.

Alasan-alasan perkahwinan tidak sah:

(a)       Poligami;

(b)       Seseorang lelaki berkahwin di bawah umur lapan belas tahun atau seseorang perempuan yang berumur tidak kurang daripada enam belas tahun tanpa kebenaran khas;

(c)       Pihak-pihak itu adalah antara satu sama lain dalam tali persaudaraan yang mana mereka di larang berkahwin melainkan dengan kebenaran khas; 

(d)       Pihak-pihak itu  bukan masing-masingnya lelaki dan perempuan.

Alasan-alasan perkahwinan boleh tidak sah:

(a)       Persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan itu oleh kerana ketidakupayaan salah satu pihak melakukannya;

(b)       Persetubuhan belum dilakukan dalam perkahwinan itu oleh kerana pihak menentang (responden) dengan sengaja enggan melakukannya.

(c)       Salah satu pihak tidak memberikan persetujuan yang sah terhadap perkahwinan itu sama ada akibat paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau selainnya.

(d)       Pada masa perkahwinan itu, salah satu pihak, walaupun boleh memberikan persetujuan yang sah, ialah seorang yang sakit otak sama ada secara berterusan atau berselangan.

(e)       Pada masa perkahwinan itu, pihak menentang (responden) menghadapi penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

(f)        Pada masa perkahwinan itu, pihak menentang (responden)  telah dihamilkan oleh orang lain.

Permohonan pembatalan perkahwinan atas alasan-alasan di atas hendaklah dibuktikan oleh pihak yang membuat permohonan melalui fakta-fakta. Sekiranya mahkamah mendapati kes pemohon telah dibuktikan, mahkamah akan mengeluarkan suatu dikri pembatalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s