KERATAN AKHBAR “TIDAK CUKUP ILMU”

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes ‘kahwin tak jadi’ dicatatkan setiap tahun menunjukkan bakal pengantin sama ada lelaki mahupun wanita belum cukup ilmu mengenai perkahwinan seperti diperuntukkan dalam Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij), Datuk Noh Gadut berkata, bakal pengantin sepatutnya mempelajari ilmu berkaitan perkahwinan selengkapnya sebelum berkahwin selain sentiasa meminta keredaan Allah supaya hubungan perkahwinan dibina berkekalan.

Beliau berkata, disebabkan tidak mempunyai ilmu menyebabkan terdapat bakal pengantin berani memutus atau membatalkan perkahwinan dirancang hingga saat akhir majlis bakal berlangsung.

 “Perkara seperti ini tidak patut berlaku kerana hanya mengaibkan pihak yang dikhianati. Lebih baik memutuskan hubungan secara baik berbanding menanggung dosa besar kerana menipu.

“Tempoh pertunangan adalah waktu amat berharga kepada bakal pengantin untuk mengenali pasangan masing-masing seperti kata pepatah ‘mengenal mana satu kaca dan mana satu intan’.

“Menurut Islam, kita berkahwin disebabkan empat perkara iaitu kekayaan bakal isteri dan keluarganya, kedudukannya, kecantikannya dan pegangan agamanya. Jika satu daripada perkara ini tidak terdapat dalam diri pasangan masing-masing, maka mereka boleh membatalkan pertunangan tetapi dengan cara yang baik dan sopan,” katanya, semalam.

Noh berkata, mengikut hukum agama, suatu janji yang sudah dibuat wajib ditunaikan dan jika seseorang itu memungkiri, dia mempunyai ciri-ciri orang munafik.

“Dari segi enakmen undang-undang negeri pula, perkara seperti ini boleh difailkan di mahkamah apabila seorang daripada bakal pengantin mengingkari janji.

“Selain itu, faktor berkahwin pada usia muda turut merangsang berlaku kes ‘kahwin tak jadi’ ini kerana kekurangan pengalaman hidup dan kematangan antara kedua-dua pihak sekali gus menyukarkan perkahwinan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan seorang peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang disiarkan Harian Metro, minggu lalu yang menganggarkan kira-kira 20 kes ‘kahwin tak jadi’ berlaku setiap tahun.

Jumlah itu termasuk pasangan yang membatalkan perkahwinan pada saat akhir serta menghilangkan diri pada hari sepatutnya diijabkabulkan.

Kenyataan itu susulan kisah seorang wanita bernama Mimi, 25, yang mendakwa terpaksa menanggung malu apabila tunangnya berkahwin dengan orang lain pada tarikh ditetapkan untuk majlis sepatutnya dinikahkan.

Sumber: Harian Metro, Sabtu 9 Julai 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s