ULASAN KERATAN AKHBAR ‘UNDANG-UNDANG SYARIAH TIDAK BENAR LELAKI TUKAR STATUS JANTINA’

Berdasarkan kepada akhbar tempatan Harian Metro Ahad pada 24 Julai 2011 bertajuk ‘Undang-Undang Syariah Tidak Benar Lelaki Tukar Status Jantina’ oleh Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain.

Selaras dengan ketetapan dalam Islam berpandukan Hukum Syarak maka tiada terdapat peruntukan undang-undang Syariah yang membenarkan mana-mana lelaki menukar status kepada wanita ataupun sebaliknya. Hal ini menjelaskan berpandukan sumber hukum dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Menurutnya, mana-mana negara Islam juga tidak pernah mengiktiraf golongan pondan. Hal ini memuktamadkan bahawa tiada pengiktirafan dalam Islam berkenaan dengan dua jantina serentak kerana golongan manusia hanya pada lelaki dan wanita. Oleh demikian, tidak wujud istilah mak nyah atau pondan dalam kamus kehidupan manusia.

Mengenai isu pertukaran status tersebut, ianya adalah tidak dibolehkan serta tidak diluluskan menurut syariah kerana hukumnya sudah jelas, dan tiada istilah bahawa ada kelompongan atau kekurangan undang-undang. Hal ini menjadikan Undang-undang Syarak adalah lengkap dan mana-mana manusia tidak boleh mengubah undang-undang Allah S.W.T. sekiranya mengubah atau melanggar bererti mengingkari dengan mengubah hukum Ilahi.

Namun soal ini dikecualikan golongan khunsa dimana kelahiran mereka dikurniakan dengan kedua-dua alat kelamin lelaki dan wanita. Amalannya di Mahkamah suatu pengesahan perlu dilakukan oleh pakar perubatan menerusi pemeriksaan bagi mengenalpasti potensi dan kecenderungan yang dimiliki khunsa tersebut. Maka dengan sebab tersebut tidak ada sebab pertukaran tersebut tidak dibenarkan dan diluluskan.

Kesimpulannya, apa yang jelas Islam adalah sesuatu yang mudah namun bukan bermudah-mudah. Bersandarkan kepada (Masyaqqahtul Tajlibu al-Taisir) kesukaran yang di luar dari kebiasaan disebabkan kekurangan ke atas mukallaf dalam keadaan dan lingkungan yang ia sendiri tidak mampu.

Walaubagaimanapun, pertukaran jantina adalah melawan kehendak pencipta yang berkuasa menjadikan manusia sempurna sifatnya. Tindakan yang tidak bermaruah ini mengakibatkan manusia lebih mementingkan status dan kepentingan peribadi sendiri. Selain dari melawan takdir dengan cara pengubahsuaian jantina tersebut keadaan tersebut akan merosakkan institusi kekeluargaan.

Disamping itu, identiti seseorang tersebut boleh bertukar menunjukkan pemahaman kepada agama yang cetek. Nilai kemanusiaan bukan sahaja dipenggal dan dicantas malah ianya sebagai tanda musnahnya kehidupan masyarakat yang bertamadun sekiranya terus berlaku dan tidak dibendung oleh pihak berkuasa. Langkah pencegahan bermula dari proses merawat dengan penerapan ajaran agama, akhlak dan nilai moral.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s