ULASAN AKHBAR ‘BERKAHWIN SEMPURNAKAN IMAN’

Berdasarkan kepada akhbar tempatan Berita Harian ruangan Agama, Rabu 27 Julai 2011 bersamaan 25 Syaaban 1432H bertajuk ‘Berkahwin sempurnakan iman’. Melangkah ke gerbang perkahwinan atau pernikahan memerlukkan komitmen yang tiada tolok bandingnya. Berdasarkan kata-kata Saidina Umar Al-Khatab R.A, “ menunda perkahwinan bermakna menangguhkan banyak manfaat dinikmati manusia”. Oleh itu, sebagai umat Islam maka jangan takut bernikah kerana dengan izin Allah S.W.T, ia tidak sulit seperti dibayangkan dan dalam hal-hal tertentu akan dipermudahkan-Nya.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang keinginan sahabat yang tidak mahu mendirikan rumah tangga walaupun mereka memberi alasan mahu memberi lebih tumpuan beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah. Penegasan ini dibuat agar keseimbangan antara kehidupan duniawi dan akhirat berkekalan bagi umat Islam sejagat.

Di samping itu, inilah bukti betapa Nabi Muhammad SAW tidak menyukai mereka yang memilih untuk tidak berkahwin, walaupun mampu melakukannya dan Baginda juga bertegas tidak mengakui mereka sebagai umatnya. Malah mereka berdepan dugaan berat mengawal nafsu dan gangguan syaitan durjana.

Mengulas buku “Apabila Hati Rindu Menikah” membincangkan isu pernikahan dari pelbagai sudut yang pastinya dimulakan dengan indahnya perkahwinan iaitu penghargaan tinggi daripada Allah S.W.T sebagai cara menyempurnakan iman.

Menurutnya lagi, ini kerana melalui ikatan perkahwinan manusia mengecap nikmat yang membawa kedamaian, menjauhkan maksiat, menghilangkan keresahan hati serta dapat meningkatkan nilai ibadat di sisi Allah S.W.T.

Begitu juga dengan mereka yang takut serta ragu untuk menikah, turut diketengahkan akibatnya antaranya mereka akan hilang kemuliaan, dibenci Allah S.W.T dan Rasulullah SAW, selain menjadi miskin serta mati dalam keadaan hina.

Tambah pula, turut disediakan cara mengatasinya iaitu meluruskan niat, menambah ilmu berumahtangga, tingkatkan usaha mencari jodoh, rajin berdoa, solat istikharah serta bersabar. Terdapat banyak intipati lain yang boleh diperolehi dalam buku tersebut.

Sesiapa yang berniat mahu mendirikan rumah tangga perlu meluruskan niat terlebih dulu supaya dipermudahkan dan mendapat pertolongan Allah.

Tegasnya, bagaimana pula menjawab soalan, saya sudah lama berusaha dengan bersungguh-sungguh tetapi mengapa masih belum dapat jodoh?. Jawabnya, walaupun kita berjalan atas suratan takdir yang ditentukan Allah S.W.T, ini tidak bermakna manusia tidak boleh berikhtiar menghadapi ketentuan itu.

Kesimpulannya, seruan mengakhiri zaman bujang dan dara mestilah direbut sebaik mungkin bagi golongan yang telah cukup syarat supaya pembinaan rumahtangga diredhai dan diberkati ilahi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s