KERATAN AKHBAR ‘JAKIM, JABATAN PEGUAM KAJI RANG UNDANG-UNDANG PROFESION GUAMAN SYARIE’

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sedang menjalankan kajian bagi merangka Rang Undang-Undang Profesion Guaman Syarie bagi memartabatkan kedudukan profesion guaman syarie dan sistem kehakiman syariah di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata Jakim bersama-sama Jabatan Kehakiman Syariah dan Persatuan Guaman Syarie sedang mencari pendekatan terbaik untuk merealisasikan hasrat kerajaan mewujudkan undang-undang itu.

“Konsep asas bagi memastikan pewujudan undang-undang tersebut kini sedang diteliti bagi memastikan undang-undang yang akan digubal nanti adalah lengkap dan komprehensif serta mematuhi jadual pembahagian bidang kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mashitah berkata demikian semasa menjawab soalan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) mengenai penggubalan Akta Profesion Guaman Syarie dan bila akta itu akan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Menteri itu berkata kerajaan bersungguh-sungguh menggubal akta berkenaan bagi memantau profesionalisme selain memelihara hak serta kebajikan peguam-peguam syarie di negara ini.

Sumber :  Bernama, 11/10/11(Selasa)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s