HADHANAH (HAK PENJAGAAN ANAK) – HAK JAGAAN KEKAL ATAU HAK LAWATAN

Berbagai masalah dan kemusykilan disuarakan oleh pihak ibu tunggal mengenai soal berkaitan dengan jagaan kekal dan lawatan. Apa yang pasti perlunya prinsip menang menang dalam keputusan Mahkamah berkaitan Hadhanah. Hal yang dimaksudkan adalah sekiranya ibu mendapat hak jagaan kekal maka bapa mendapat hak lawatan atau sebaliknya.

 Bagi mempertimbangkan siapa yang berhak terhadap hak lawatan seharusnya mahkamah perlunya melihat kepada kebajikan dan emosi anak tersebut meskipun perundangan telah menggariskan urutan keutamaan waris mengikut apa yang dikatakan dalam undang-undang itu jelas. Jika budi bicara diperlukan, mestilah mengambil kira kepentingan anak.

 Hak jagaan kekal, hak lawatan dan hak bermalam

Permasalahannya ada kalanya anak-anak terpisah antara satu sama lain kerana mahkamah membahagikan hak jagaan di antara ibu dan bapa. Dalam keadaan sedemikian hak lawatan perlulah diatur dengan cara sebaiknya supaya adik beradik itu boleh meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Permasalahan

  • Ada wanita yang mengatakan persetujuannya untuk memberi hak jagaan anak kepada suami diperolehi semasa isteri dalam keadaan tertekan, hak lawatan ibu pula terlalu suntuk, dan fail baru perlu dibuka untuk meminta hak bemalam.

 

  • Ada kes yang ditangguhkan hingga mengambil masa bertahun-tahun, akibatnya hubungan anak dan ibu menjadi renggang, dan anak tidak rapat atau tidak mahu mengikut ibu lagi. Malahan tidak kurang hebatnya persetujuan yang memakan masa yang begitu lama menyebabkan usia anak tersebut meningkat dewasa.
  • Selain itu, ada juga wanita yang menyatakan mengalami kederitaan mental apabila anak-anak diambil oleh bapa yang menuduh ibu tidak layak menjaga anak kerana nusyuz.
  • Terdapat juga kes di mana mahkamah memberi hak lawatan kepada ibu, tetapi bapa tidak membenarkan ibu melawat anak.
  • Terdapat juga bapa yang tidak pernah kenal anak pada mulanya, kemudian pula memohon hak lawatan apabila anak sudah besar.

Kesimpulan

Setiap ibu dan bapa diiktiraf mempunyai hak lawatan terhadap anaknya yang tidak boleh diketepikan sekalipun salah satu pihak dikategorikan sebagai “jahat”. Dalam soal ini anak memerlukan perhatian yang khusus terutamanya soal kasih dan sayang. Perbezaan dan jurang ini sepatutnya dihindari oleh ibu dan bapa termasuk memprejudiskan masa hadapan dengan menghentikan perbelanjaan mengurus anak yang dikhuatiri menganiayai anak dan menafikan hak sepatutnya diperolehi mereka.

Sebagai seorang bapa, sifat bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam melaksanakan perintah hak jagaan yang diberikan oleh pihak mahkamah amatlah penting bagi memastikan hak bekas isteri terjaga dan dihormati. Pihak bapa haruslah mengakui bahawa perpisahan atau perceraian yang berlaku diantara bapa dan bekas isteri bukan bermakna anak-anak juga harus berpisah kasih sayang mahu pun hubungan dengan bekas isteri kerana hubungan anak-anak dengan ibu mereka tidak pernah berlaku dalam apa cara sekali pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s