ASAS AKIDAH YANG KUKUH SEBAGAI KUNCI PEMBENDUNGAN MASALAH SOSIAL

Berikutan statistik anak tidak sah taraf atau anak luar nikah yang telah di laporkan sepanjang tahun 2008 hingga 2010 telah mencatat sebanyak 152,182 kelahiran di mana Sabah mempunyai rekod yang tinggi iaitu seramai 41,490 orang, diikuti oleh Selangor seramai 18,983 orang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatat seramai 12,095 kelahiran, ramai pihak telah mula berfikir bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini daripada terus berleluasa. Pelbagai cara dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang bertanggungjawab, akan tetapi ia akan berbalik kepada asas sesorang individu itu iaitu keluarga.

Penerapan asas akidah yang kukuh dalam sesebuah keluarga itu memainkan peranan yang besar dalam membentuk peribadi seseorang remaja. Ibu bapa memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk asas akidah remaja. Ini kerana kebanyakan remaja akan menjadikan ibu bapanya sebagai role model atau sebagai idola dalam kehidupan. Dengan memberikan contoh asas akidah yang baik daripada ibu bapa memainkan peranan sebagai cermin kepada anak lebih-lebih lagi yang semakin meningkat dewasa.

Akidah merupakan teras kepada akhlak. Ini kerana dalam Islam , akidah merupakan perkara yang paling penting dan asas utama. Ini dapat dibuktikan melalui kesungguhan Nabi Muhammad S.A.W yang mengambil masa lebih 13 tahun dengan hanya memberi perhatian kepada akidah masyarakat di Mekah. Disebabkan itulah, setiap keluarga haruslah memberi penekanan yang serius dalam memupuk asas akidah dalam diri anak-anak terutama dikalangan remaja.

Kepentingan Akidah

  • Akidah merupakan asas dalam Islam, jika sekiranya akidah seseorang itu rosak, maka rosaklah akhlaknya. Apabila rosaknya akhlak, maka rosaklah pegangan Islamnya.
  • Akidah dilihat sebagai pendorong. Ini kerana akidah itu akan memainkan peranan yang penting dalam mendorong seseorang itu menjadi insan yang baik atau sebaliknya. Malah ia juga menjadi penentu jalan hidup seseorang. Akidah yang lemah membawa kepada corak kehidupan yang negatif, jalan yang sesat dan dilaknati Allah S.W.T seperti melakukan zina, jenayah dan pelbagai perkara lain yang dilarang.

Pembinaan Akidah

  • Memahami konsep Islam yang sebenar dan memahami konsep akidah dengan lebih telus
  • Membersihkan hati dengan meinggalkan semua perkara yang dimungkari Allah S.W.T.
  • Sentiasa berjihad dalam memerangi nafsu dan hasutan syaitan
  • Sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman
  • Sentiasa berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah S.W.T

 

Matlamat sesebuah keluarga selain dari kebahagiaan dan kehidupan yang sempurna, kehidupan selepas akhirat juga merupakan satu matlamat sesebuah keluarga. Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti akan mati. Oleh itu, dalam proses penerapan asas akidah, menghayati misi akhirat dalam kehidupan sekarang juga adalah salah satu elemen yang sangat penting supaya mempunyai lebih kesedaran tentang matlamat hidup yang sebenar. Bagaimana menghayati misi akhirat? Ianya boleh dilakukan menerusi kehidupan dalam sesebuah keluarga yang diketuai oleh suami dan juga bapa yang menjadi pemimpinnya.

Apa yang boleh kita lakukan bagi menjamin akidah  berada di landasan yang betul?

  • Sentiasa mengingati Allah dan Rasul
  • Melakukan sesuatu perkara yang baik dengan niat hanya kerana Allah S.W.T.
  • Menerapkan dalam diri ahli keluarga bahawa apa sahaja yang kita lakukan dengan ikhlas di dunia adalah kerana mengingati akhirat.
  • Sentiasa mencari ilmu bagi memperbaiki diri
  • Menginsafkan diri melalui pembacaan ganjaran dan balasan yang akan diperoleh di akhirat kelak

Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan, akan tetapi ia tidak sepatutnya dijadikan penghalang untuk tidak berubah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak wujud soal terlambat dalam kita mencari ilmu bagi mengukuhkan akidah kita dalam membuat persediaan menjadi manusia yang lebih baik untuk  agama, bangsa dan negara. Tepuk dada, Tanyalah Iman.

Sumber : Berita Harian ; Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s