1,000 ibu tunggal dicari

Projek Penyayang tawar peluang kerja bantu wanita miskin

KELOMPOK disasarkan adalah ibu tunggal manakala objektif utama yang dikenal pasti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah bagi menggalakkan lebih ramai wanita memiliki kerjaya sendiri.
Program dirangka syarikat korporat pengeluar penapis air Diamond itu turut mendapat kerjasama kementerian kerana kerjaya ditawarkan dikatakan mampu membawa kelompok ibu tunggal terbabit keluar daripada kepompong kemiskinan.
Dengan adanya peluang kerja ini, diharap dapat membantu kelompok ibu tunggal berdikari sekali gus menangani cabaran kewangan yang dihadapi. Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Heng Seai Kie, berkata cabaran bergelar ibu tunggal dalam situasi semasa sekarang yang cukup menghimpit sememangnya kritikal ditambah pula dengan kekangan ekonomi, krisis psikologi serta trauma dihadapi mereka.

“Jadi, dengan adanya peluang kerja secara flexi ini diharap dapat membantu kelompok ibu tunggal berdikari sekali gus menangani cabaran kewangan yang dihadapi,” katanya pada sidang media Projek Penyayang, di sini baru-baru ini.

Jelasnya, usaha sama dengan syarikat korporat itu kali pertama itu juga dilakukan sejajar Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kementerian.

“Kementerian menyasarkan 55 peratus tenaga kerja di kalangan wanita dalam sektor kerajaan dan swasta dapat dicapai menjelang 2015 sedangkan peratusan terkini hanya 46.4 peratus saja.
“Pembabitan wanita terutama di kalangan ibu tunggal dalam pasaran kerja diharap dapat membantu mereka menstabilkan ekonomi keluarga, selain menjana pendapatan sampingan untuk sara hidup harian,” katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Nature Environment Product Sdn Bhd (NEP), Tong Siew Bee dan Pengarah Eksekutifnya, K C See.

Heng berkata, melalui Pakej Penyayang itu, ibu tunggal yang layak akan diberi latihan menyelenggara penapis air Diamond sebelum menjalankan khidmat selenggara mengikut senarai pelanggan sedia ada.

“Tidak perlu mencari pelanggan baru kerana tugas mereka hanya menyelenggara alat penapis saja, malah bagi memudahkan pergerakan, syarikat akan memastikan lokasi pelanggan perlu ditemui hanya di sekitar tempat tinggal peserta saja.

“Bagaimanapun, peserta perlu mencapai sasaran ditetapkan Diamond iaitu 50 mata sebulan bersamaan bonus RM300 dan seterusnya dibayar RM26 bagi setiap mata tambahan yang berjaya diperoleh mereka,” katanya.

Katanya, ibu tunggal berminat boleh menghadiri temu duga terbuka yang dijalankan pada 11 Januari nanti di 10 lokasi terpilih atau hubungi 03-8947 3333 dan layari laman web http://www.diamondhomespring.com/singlemothers untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Bagaimanapun, individu berminat yang terlepas tarikh berkenaan masih boleh hadir ke premis sama setiap Rabu bagi sesi temu duga, sehingga tarikh tutup diberitahu kelak.

“Sehingga kini, program ini hanya dirangka untuk ibu tunggal di Semenanjung tapi jika mendapat sambutan baik, ia akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak,” katanya.

INFO: Syarat penyertaan:
Ibu tunggal berusia 18 tahun ke atas
Salinan MyKad, sijil perceraian, sijil kematian suami dan sijil kelahiran anak
2 keping gambar berukuran pasport
Minimum PMR, Diploma
Memiliki perwatakan baik
Tidak memerlukan sebarang kemahiran, latihan akan diberikan

INFO: Lokasi

Lembah Klang

Seri Kembangan
Blok B, South City Plaza, Plaza Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, Seksyen 1, Seri Kembangan, Selangor (Hubungi Esther : 012-36663171)

Damansara
A-1-03A, No 1, Neo Damansara, Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana, Petaling Jaya (Hubungi Yenie : 012-2090048)

Puchong
52, Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, Puchong, Selangor (Hubungi Lee Pou Choo : 012-3260668)

Klang
No 8, Lorong Gopeng, Off Jalan Goh Hock Huat, Klang, Selangor (Hubungi Maggie : 012-3227897/012-7747897)

Pantai Timur

Kota Bharu
S/4 2231-D, Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu (Hubungi Ms Sharen : 017-98000033)

Kuantan
Lot 282/2-282/1, Jalan Dato Lim Hoe Lek, Kuantan (Hubungi : 012-9887160)

Selatan

Seremban
No 19, Ting 1, Jalan Era Square 3, Era Square, Seremban (Hubungi Eng Yi Chun : 012-3676499)

Melaka
Plaza Pandan Malim Business Park, No 7, Jalan PPM 9, Balai Panjang, Melaka (Hubungi Mr Lim : 019-6551984/019-2287809)

Johor Bahru – Taman Molek
98-LG, 98-01L, 98-02, Jalan Molek 2/2, Taman Molek Johor Bahru (Hubungi Simon : 012-6780498)

Johor – Batu Pahat
7, Jalan Flora Utama 8, Taman Flora Utama, Batu Pahat, Johor (Hubungi Mr Yeong : 012-7007887)

Johor – Kluang
3A, Tingkat 1, Jalan Haji Ithnin Maaruf 1, Taman Kluang 1, Kluang, Johor (Hubungi Mr Tan : 016-3335531)

Utara

Bukit Mertajam
No 22, Lorong Bukit Kecil Indah, Taman Bukit Kecil Indah, Bukit Mertajam (Hubungi Grace : 012-4999828)

Pulau Pinang
Block G3-1, Bay Avenue, Persiaran Bayan Indah 1, Pulau Pinang (Hubungi Agnes : 012-2185803)

Ipoh
2, Persiaran Greentown 6, Greentown Business Centre, Ipoh, Perak (Hubungi Alice : 017-5525955).

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s