TRANSFORMASI GENERASI MUDA 1MALAYSIA SIRI 1/2012

Pada 23 hingga 25 Mac 2012 yang lalu, SENADA telah menganjurkan Program Transformasi Generasi Muda 1Malaysia yang bertempat di Jerejak Rainforest Resort Pulau Pinang. Program yang melibatkan pelajar-pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Sains Malaysia, Maktab Perguruan Kampus Pulau Pinang, Kolej Komuniti Nibong Tebal dan beberapa institusi yang lain. Program ini yang banyak membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan dalam diri masing-masing mendapat sambutan yang mengkagumkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjaya program ini terutamanya belia-belia Malaysia yang mengambil bahagian.