HAK KE ATAS PERCERAIAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (sambungan penerangan siri 1)

Tebus Talaq @ Khuluq
Penceraian tebus talaq @ disebut khuluq ialah suatu penceraian lazimnya difahami dengan memberi bayaran kewangan atau harta benda kepada pasangan. Dalam ertikata lain penceraian yang diminta oleh isteri daripada suaminya dengan memberi wang atau harta benda lain kepada suaminya.
Antara sebab kebiasaanya yang membolehkan seseorang isteri mendapatkan khuluq daripada suaminya ialah:-
a) Isteri tidak tertahan lagi tinggal bersama suaminya kerana suaminya berperangai keji atau jahat; atau
b) Suami menyakiti hati isteri sehingga menyebabkan isteri rasa kehilangan kasih sayang terhadap suaminya; atau
c) Sebab-sebab lain yang membuat mereka tidak dapat bergaul dengan aman dan harmoni.


Mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan dan meluluskan permohonan khuluq atas permohonan isteri sekiranya alasan tersebut berasas bagi menyekat penderitaan dan kesengsaraan.
Secara tepatnya peruntukan ini dikhususkan kepada wanita bagi memutuskan hubungan suami isteri yang sah berdasarkan situasi dan keterdesakan hidup. Alternatif ini sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi mengelak isteri dari melakukan dosa kepada Allah S.W.T dan melanggar ketaatan suami.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s