ULASAN KERATAN AKHBAR HARIAN METRO KHAMIS 5 APRIL 2012 BERSAMAAN 13 JAMADIL AWAL 1433H

Berdasarkan kepada akhbar tempatan Harian Metro Khamis 5 April 2012 bertajuk ‘Perbuatan kejam, pembunuhan’. Dewasa ini, permasalahan sosial kian sarat membelenggu komuniti telah memberi kesan dalam isu pengguguran janin. Berdasarkan ulasan Timbalan Mufti Perak “proses menggugurkan janin haram dan ia adalah jenayah pembunuhan yang jelas ditegah Islam.” Wanita mahupun doktor yang melakukan proses pengguguran janin adalah golongan dilaknat Allah SWT kerana jelas ia perbuatan kejam dan boleh dianggap sebagai satu pembunuhan.
Tambah beliau, ulama` fiqh sebelum ini sepakat jika kandungan janin itu sudah mempunyai bentuk, maka ia haram digugurkan kerana sudah mempunyai roh. Hal ini dianggap pembunuhan terhadap janin walau sebesar mana sekalipun janin dalam perut ibu.
Menurutnya, dosa bukan hanya terletak pada wanita yang melakukan malah pihak klinik dan doktor yang bersubahat dalam proses pengguguran turut menanggung dosa besar. Beliau juga menasihati bahawa doktor atau klinik swasta, terutama yang beragama Islam perlu menjauhi perbuatan terkutuk ini.
Justeru, satu langkah dan tindakan perundangan tegas perlu diambil bagi memastikan gejala pengguguran janin ini tidak terus berlaku dan berulang. Sambil menegaskan tentang kesedaran umat Islam terhadap isu pengguguran janin. Hal ini disokong berdasarkan fakta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB), seramai 46 juta kes pengguguran bayi dilakukan di seluruh dunia setiap tahun.
Sementara itu, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berpandangan, pengguguran janin adalah jenayah terancang yang boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda atau kedua-duanya.
Selain itu, jika wanita itu mengandung anak yang mempunyai sifat maka wanita itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda.
Menurutnya lagi, kegiatan pengguguran bayi atau janin dipelopori golongan doktor tamak yang menggunakan kebolehan dan pengetahuan perubatan dimiliki mereka bagi meraih keuntungan.
Tambah beliau, “Kegiatan ini sukar dibendung berikutan pemilik klinik atau hospital swasta dengan melakukan proses pengguguran haram ini sepantas mungkin bagi mengelak ia dikesan,”

Sumber: Harian Metro 5 April 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s