SWADAYA MAHABBAH TAHFIZ 1MALAYSIA

Swadaya Mahabbah iaitu sebuah lagi program telah berjaya dilaksanakan dibawah anjuran SENADA telah   menjadikan program terakhir bersama Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 8 April yang lalu dengan kehadiran hampir 1000 orang pada majlis tersebut yang mana melibatkan pelajar-pelajar tahfiz dan tahfizah dari seluruh negara.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan pelajar-palajar ini bersama masyarakat kita  dan sambutan yang diterima oleh semua pihak pada hari tersebut adalah sangat menggalakkan. Selain daripada itu, program ini adalah bertujuan menggalakkan penyertaan warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan orang ramai untuk menyertai program yang bersifat kerohanian ini selaras dengan syariat islam.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini menjadi kenangan yang bermakna kepada Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan semua dan yang paling penting, diharapkan perjuangan beliau akan dapat diteruskan dalam membela nasib masyarakat kita.

.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s