HAK KE ATAS PERCERAIAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (sambungan penerangan siri 2)

 

Taklik

Penceraian taklik ialah suatu penceraian lazimnya difahami dengan merujuk lafaz yang diucapkan suami ketika majlis akad nikah. Oleh yang demikian, maksud cerai taklik dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat suami selepas akad nikah disempurnakan. Kebiasaannya suami akan menurunkan tandatangan di atas sijil pernikahan. Antara perkara yang biasa tercatat dalam sijil pernikahan antara lain ialah;-
a) Sekiranya suami meninggalkan isteri lebih daripada enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya; atau
b) Sekiranya suami memukul atau mendera isteri atau mendatangkan mudarat kepada isterinya; atau
c) Sebab-sebab lain yang terkandung dalam lafaz taklik yang dibaca suami dihadapan juru nikah bersama dua (2) orang saksi.

Umumnya, terdapat juga lafaz taklik yang dibuat oleh suami atau lafaz isteri yang dipersetujui oleh suami diluar majlis tersebut samada secara lisan atau bertulis atau sebarang tindakan yang melanggar maksud dan pemahaman yang dimaksudkan juga dikira sebagai taklik.
Kes yang sebegini penting dirujuk bagi memutuskan dan menentukan sabitan kes penceraian secara taklik. Hanya Mahkamah Syariah yang berautoriti menentukan samada sah atau tidak sah berdasarkan keterangan dan pembuktian suami dan isteri.
Misalannya penceraian taklik berlaku apabila suami membuat janji atau memberi amaran kepada isteri supaya meninggalkan sesuatu namun perkara tersebut dilanggar. Contohnya lafaz taklik secara lisan “kalau awak keluar,jatuh talak”.

4 thoughts on “HAK KE ATAS PERCERAIAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (sambungan penerangan siri 2)

  1. mcm mana jika suami ada memukul isteri dan mendera mental tapi si isteri tidak pernah mengadu ke pejabat agama..sedangkan ada di dlm lafaz taklik semasa nikah..adakah sudah jatuh talak atau jika hanya di adu kan baru talaknya akan jatuh?terima kasih.

    • Salam puan,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami.Mohon puan meninggalkan email atau nombor telefon atau hubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang ataupun terus merujuk kepada Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes ataupun perkara yang menimbulkan kemusykilan terhadap puan dapat diterangkan dengan lebih jelas.

  2. Askm,saya inginkan kepastian apakah hukumnya apabila suami tidak memberi nafkah batin lebih dr tiga bulan tanpa alasan yang munasabah sedangkan isteri ada meminta beberapa kali tetapi suami melarikan diri dan buat buat sibuk.Adakah isteri hanya perlu bersabar dengan keadaan ini selamanya.

    • Assalamualaikum Puan Isnalynee,

      Terima kasih kerana menghantar komen di blog kami. Pihak kami akan menghubungi puan dengan kadar yang segera. Mohon puan untuk meninggalkan nombor telefon bagi memudahkan pihak kami menghubungi puan ataupun puan boleh menghubungi SENADA untuk sebarang kemusykilan berkaitan undang-undang atau nasihat ataupun terus merujuk kepada Pegawai Syariah Encik ‘Afif Sofiuddin di talian 03-8323 1000 sambungan 1713 atau melalui email afif@kpwkm.gov.my supaya pihak kami dapat mengetahui fakta kes dengan lebih jelas.

      Sekian Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s