HAK KE ATAS PERCERAIAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (sambungan penerangan siri 3)

Fasakh

Secara ringkasnya Fasakh diistilahkan penceraian atau pembatalan atau pembubaran perkahwinan suami isteri melalui perintah Mahkamah Syariah. Penceraian fasakh telah digariskan perundangan negeri sepertimana dibawah Seksyen 53 akta atau enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya fasakh seperti:-
1. Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih dari setahun.
2. Suami cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkah bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan.
3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.
4. Suami telah tidak menunaikan tanpa sebab yang munasabah nafkah batin selama tempoh satu tahun.
5. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami mati pucuk.
6. Suami telah gila selama tempoh dua tahun, sedang mengidap penyakit kusta atau sedang mengidap penyakit kelamin yang boleh berjangkit.
7. Isteri telah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum dia mencapai umur enam belas (16) tahun, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas (18) tahun dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu.
8. Suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya, iaitu antaranya:
a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya.
b) Berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki yang berperangai jahat atau hidup keji mengikut pandangan hukum syara‘.
c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.
d) Melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu.
e) Menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya.
f) Jika suami mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isterinya secara adil mengikut kehendak-kehendak hukum syara‘.
9. Walaupun empat bulan berlalu perkahwinan itu belum disatukan kerana suami atau isteri bersengaja enggan bersetubuh.
10. Isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada dengan sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain-lain hal yang diakui oleh hukum syara‘.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s