TRANSFORMASI GENERASI MUDA 1MALAYSIA SIRI 2/2012

Pada 25 Mei hingga 27 Mei 2012 yang lalu, SENADA telah menganjurkan sekali lagi program Transformasi Generasi Muda 1Malaysia untuk kedua kalinya pada tahun 2012 ini dan program ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Suhaimi Bin Ibrahim yang merupakan Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Pembangunan Wanita. Program yang bertempat di Strawberry Park Resort, Cameron Highlands ini telah melibatkan 94 orang  pelajar-pelajar daripada IPTA dan IPTS sekitar negeri Perak iaitu Uitm Seri Iskandar, Institut Kemahiran Mara Seri Iskandar, Kolej Komuniti Gerik, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kolej TAJ Ipoh,  Kolej Masterskill.  Melalui program ini, SENADA telah berjaya mewujudkan satu jalinan ukhwah yang erat sesama peserta dalam pada mendedahkan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang dan berinovatif berlandaskan Islam kepada generasi muda dalam mendepani cabaran era globalisasi. Selain daripada itu juga, tujuan program ini diadakan adalah bagi menyedarkan tentang peranan penting generasi muda dalam memacu negara mencapai tahap negara yang bermoral tinggi. Dalam mencapai objektif-objektif yang telah dimatlamatkan, pelbagai aktiviti yang menarik telah dilakukan. Antaranya adalah Explorerace yang memerlukan para peserta menamatkan perjalanan mereka setelah melalui 10 tempat tertentu bagi mendapatkan cop. Aktiviti ini telah berjaya meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi dengan masyarakat dengan penuh yakin. Diharapkan dengan penganjuran program ini, kita dapat melahirkan generasi muda yang seimbang dari segi sosial, emosi, rohani dan intelektual dalam memimpin negara pada masa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s