WANITA PERLU PEKA KANSER PAYUDARA

KUALA LUMPUR 4 Jun – Golongan wanita perlu lebih peka terhadap bahaya kanser payu dara dengan mengetahui cara mencegah dan merawat penyakit berbahaya itu.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, meskipun terdapat pelbagai kempen dijalankan, namun kesedaran mengenai kanser payu dara masih rendah.

Menurutnya, laporan program mamogram bersubsidi oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan wanita berketurunan Cina paling ramai melakukan pemeriksaan iaitu sebanyak 61 peratus diikuti wanita Melayu (32 peratus) dan selebihnya India (tujuh peratus).

“Wanita perlu melakukan sendiri pemeriksaan payu dara dengan wanita berusia 40 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan klinikal di klinik kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Pink Ribbons Wellness Foundation di sini hari ini.

Turut hadir, Penaung yayasan itu, Puan Sri Maniseh Adam; Pengerusinya, Dr. M. Devanand dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Lee Lee.

Yayasan yang ditubuhkan pada 28 Februari lalu merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan pelbagai aktiviti dalam usaha menimbulkan kesedaran termasuk pencegahan, rawatan, advokasi dan penyelidikan terhadap kanser payu dara.

Rosmah berkata, peratusan untuk pulih adalah lebih tinggi sekiranya penyakit itu berjaya dikesan di peringkat awal.

“Wanita yang berisiko tinggi dan mempunyai sejarah keluarga terdekat menghidap kanser payu dara perlu hadir ke klinik untuk menjalani pemeriksaan mamogram.

“Sikap ambil mudah dan pengetahuan yang rendah terhadap kanser payu dara dikenal pasti sebagai punca berlakunya peningkatan kadar kematian di kalangan wanita berusia 40 tahun ke atas,” jelasnya.

Tambahnya, di Malaysia, kanser payu dara kekal sebagai pembunuh nombor satu golongan wanita dan ketika ini, sebanyak 56 peratus daripada pesakit kanser adalah wanita dan 18 peratus adalah penghidap kanser payu dara.

Dalam pada itu, Rosmah memuji usaha Pink Ribbon Wellness Foundation yang berusaha meningkatkan kesedaran terhadap bahaya kanser payu dara kepada masyarakat.

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s