TIPS UBATI HATI SELEPAS BERCERAI

Ikuti tips berharga ini dan beramallah🙂1 – Percaya kepada pilihan Allah SWT

Menerima semua peristiwa yang hadir dalam hidup ini, baik yang positif atau negatif sebagai kehendak Allah. Bukan calang-calang beratnya dugaan yang pasti dialami wanita selepas bercerai. Selain daripada masalah kemurungan kerana ditikam lidah-lidah tidak bertanggungjawab yang menuduh wanita sebagai punca masalah dan akhirnya aib diri akan didedahkan di hadapan orang ramai.

Ramai pula yang mula mencurigai sikap dan gerak-geri janda muda yang cantik. Tapi yang pasti, bebanan ekonomi keluarga yang mesti ditanggung sendiri dan permusuhan keluarga sebelah bekas suami yang belum berakhir.

Ditambah pula masalah perkembangan mental anak-anak yang ditinggalkan ayah mereka. Semua itu memerlukan kecekalan hati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik maka diberikan ujian kepadanya.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Cara untuk menghadirkan redha dalam hati ialah dengan mengingati nikmat Allah SWT yang lain ketika musibah datang. Sungguh banyak nikmat-Nya yang tidak kita sedari yang telah menyelamatkan hidup kita di dunia ini. Adapun musibah, ia ditimpakan supaya kita tidak terlena dibuai kenikmatan yang banyak itu.

2 – Bina mahligai iman dan harta

Setelah bercerai, tentu beban nafkah semakin berat apabila ditanggung sendirian. Setiap sen yang dinafkahkan untuk anak-anak dan keluarga menjadi amal yang paling berat timbangannya di sisi Allah SWT. Untuk memenangi perlawanan duniawi, kita memerlukan dua bekal yang boleh menyelamatkan perjalanan hidup kita iaitu; bekaliman dan harta. Iman boleh terjejas tanpa harta yang cukup dan diberkati Allah SWT. Begitu juga harta akan habis tidak berfaedah tanpa iman yang kuat. Untuk memenangi perlawanan ini, anda harus memiliki kedua-duanya. Semailah benih iman di dalam hati dengan ilmu agama.

Bagaimana cara mendekatkan diri kepada Allah SWT? Ðisiplin mengerjakan sembahyang, belajar memahami al-Quran, bergaul dengan orang-orang yang berakhlak baik dan luas ilmu, mengikuti aktiviti-aktiviti bersama mereka dalam zon iman yang sihat, jauhkan persekitaran yang mengandungi iklim maksiat yang berbahaya. Banyaklah belajar dari orang-orang yang sabar bagaimana mengatasi ujian kehidupan, sentiasalah melihat ke bawah dan jangan sesekali melihat orang yang di atas supaya lahir hati yang bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah Taala.

3 – Hidup untuk berkongsi gembira

Punca tekanan pada diri seseorang ialah ketidak-mampuan seseorang untuk berkongsi pelbagai rasa dengan orang lain. Semua mahu dirasai dan ditanggung sendiri, baik suka atau duka, menjadikan orang itu individualistik, ego dan jumud. Sedangkan punca kebahagiaan itu ialah sikap mahu berkongsi dengan orang lain.

Hidup akan lebih bererti jika kita menjadi orang yang bermakna untuk orang lain. Jika anda seorang ibu, pastikanlah anak-anak merasa bertuah memiliki ibu seperti anda. Kuat, cekal, ceria, senang didekati, suka bergurau senda tanpa menjatuhkan maruah diri.

Para pakar jualan pasti sepakat bahawa cara untuk mempertingkatkan pendapatan ialah dengan kemesraan dan senyuman kepada para pelanggan. Para doktor pun pasti mengesyorkan pesakitnya untuk mengamalkan senyuman bagi memberi motivasi, di samping ubat untuk menghilangkan kesakitan.

Al-Quran pula memberi galakan supaya bermesra dengan orang lain, Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (Surah ali-‘Imran 3:159)

Penawar hati yang paling senang dan seronok apabila melakukannya ialah bergurau senda.Rasulullah SAW pernah mengekori sahabat baginda yang bernama Zahir dari belakang, kemudian baginda bersabda, “Siapakah yang mahu membeli hamba sahaya ini?” (Rasulullah bergurau, kerana Zahir bukan seorang hamba) Lalu Zahir bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah aku ini seperti barang jualan yang tidak laku?” Rasulullah menjawab sambil tersenyum, “Sesungguhnya engkau di sisi Allah bukanlah barang jualan yang tidak laku.”

Senyumlah! Sebagai tanda keredhaanmu atas segala ujian yang menimpa, dan ubat bagi hati yang berduka…

Semoga bermanafaat!

SUMBER : Tips dirujuk dari : Ðr Juanda Jaya & Laman- Seri

http://bersamasuzana.blogspot.com/2011/07/tips-ubati-hati-selepas-bercerai.html

3 thoughts on “TIPS UBATI HATI SELEPAS BERCERAI

  1. Alhamdulillah, sy bersyukur bekas suami sy ceraikan sy, walaupun pada permulaannya sy cuba pertahankan perkahwinan ini. Sy tau sy dah cuba jadi isteri dan ibu tiri terbaik buat dia dan anak2 dia. Malahan tiap2 tahun sy hantar kad selamat ulangtahun perceraian pada bekas suami. Allah Maha Agung, Dia tahu apa yg terbaik utk sy, kerana telah terbukti bekas suami bkn lelaki terbaik utk sy. Lepas dia ceraikan sy, tiada lagi dosa fitnah percuma sy dpt dari dia. Ternyata bekas suami seorg lelaki yg suka mereka2 cerita, pandai berlaku utk mengaburi mata org dan jenis yg suka memfitnah, membohong dn memutarbelit fakta2. Bkn tu saja, dia suka memainkan hukum Allah. Antara kata2 dia ialah, 1) talak ada 3, kita cuba 1 dulu, 2) mak bapak, anak2, darah daging, amanah Allah, isteri bkn, bila2 blh dpt. 3) bila dah ceraikan kau, aku tak kenal kau dunia akhirat, dan macam2 lagi. Semasa menjadi isteri dia dulu, sy dpuji melambung2, tapi bila dia dah tak suka, taada satu pun kebaikan dan pengorbanan kita yg dia nampak. Pada hal semasa perkahwinan dulu, sy yg byk mengeluarkan duit utk perbelanjaan rumahtangga, kerana gaji sy lebih dr gaji dia, sy meniaga parttime dan dia hanya tau meminta bila duit dia habis. Byk lagi ingin sy paparkan disini. Cukuplah setakat ini dulu, jika ada org nak tau lebih lanjut, blh hubungi sy. Tkasih

  2. Jgn lah risau dan sedih kena cerai. Wanita blh hidup bahgia dan berjaya tanpa lelaki bergelar suami. Jika kita rajin berusaha, macam2 kita dpt kecapi berbanding jika kita bersama dgn suami dulu. Berserah dn tawakkal pd Allah, insyaallah Allah akan membantu kita. Lihat saja dluar sana, berapa ramai ibu2 berdikari yg berjaya. Kalau ada suami pun, tapi dia siapkan mahligai berapi d neraka jahanam, buat apa? Biar hidup sendiri dgn anak2, tapi jiwa tenteram.

    • Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

      Terima kasih kepada Puan Hapipah yang sudi berkongsi pengalaman dan kata-kata semangat.Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa memperoleh keberkatan daripada Tuhan Yang Esa. Setiap ujian yang diperturunkanNya turut dijanjikan ganjaran. InsyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s