INFO HARI INI : PENYAKIT BOLEH SEBABKAN AKHLAK ROSAK

Setiap insan mengimpikan kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Namun, lumrah dalam kehidupan, manusia tidak akan sunyi daripada ujian dan rintangan.

Pada masa sama mereka juga haruslah berwaspada terhadap penyakit umat yang menular di kalangan masyarakat sehingga mengakibatkan kebejatan akhlak dan keharmonian sejagat. Antara penyakit masyarakat kini ialah:

Pertama: kasih dan cinta kepada dunia yang adalah ibu segala penyakit paling berbahaya serta mampu melemahkan jiwa dan fizikal serta mempunyai kesan mendalam dalam kehidupan dan masyarakat.
Maksud sebenar kepada kecintaan kepada dunia adalah kecenderungan terhadapnya sehingga menjejaskan hubungan seseorang dengan Allah SWT.

Ini bermaksud segala pergerakan dan usahanya akan dipandang dari sudut keuntungan material semata-mata. Apabila berlaku sedemikian, maka kesannya:

Terjerumus ke kancah maksiat di mana segala hukum agama akan diketepikan. Halal dan haram tidak dipersoalkan lagi sehinggalah perkara terlarang itu menjadi kebiasaan dalam kehidupan;

Mencetuskan permusuhan sesama insan akibat penipuan, penindasan dan penganiayaan terhadap insan lain;
Merenggangkan hubungan kekeluargaan akibat tiada kesefahaman dan keikhlasan. Tiada tolak ansur dalam sesuatu keputusan. Apatah lagi jika perkara itu membabitkan harta warisan dan kekayaan dunia;

Mencacatkan kehidupan di mana pencinta dunia sentiasa memikirkan bagaimana caranya untuk memperbanyak dan mengumpulkan dana sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap agama dan keluarga.

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang cenderung kepada dunia, dia akan menghadapi empat masalah. Pertama, kegusaran yang berpanjangan; kedua, kesibukan yang tiada sempadan; ketiga, kekayaan yang tidak dapat dicapai; keempat, angan-angan yang panjang tanpa kesudahan”. (Zabdah).

Keduanya, perpecahan umat yang menyebabkan berlakunya permusuhan, perang saudara dan kerosakan.

Kita juga melihat peperangan saudara di bumi umat Islam yang mengorbankan sekian banyak jiwa saudara seagama. Isu sempadan yang diciptakan penjajah menjadi penyebab utama tercetusnya peperangan sesama umat Islam. Inilah faktor yang mengundang kehinaan terhadap umat Islam.

Kita dilarang untuk mengikut telunjuk musuh kepada Islam yang menginginkan kehancuran kita melalui perpecahan.

Ketiga, hasad dengki yang sering bertapak pada diri seseorang dan kadang kala ia wujud tanpa disedari. Hasad adalah sikap benci dan tidak senang terhadap apa saja kebaikan terhadap orang yang tidak disukainya. (Majmu’ Fatawa, Ibnu Taimiyyah).

Penyakit ini adalah antara penyakit paling lama wujud dalam sejarah kehidupan manusia sehingga sejarah pertama menjadikan iblis mendapat laknat dan kemurkaan daripada Allah SWT. Akhirnya penyakit ini diwarisi kaum muslimin sehingga hari ini.

Namun, sifat ini tidak akan muncul pada jiwa yang sentiasa mengingati Allah SWT dan kedapatan banyak kebaikan yang dilakukan oleh manusia di luar sana.

SUMBER : BERITA HARIAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s