SEKS BEBAS UNDANG BALA

MEDIA sering memaparkan kejadian berunsur jahiliah seperti membuang bayi. Sesiapa saja akan berfikir apa sudah jadi dengan segelintir masyarakat kita dewasa ini.

Di Tanah Arab, sebelum kedatangan Islam, budaya menanam bayi perempuan menjadi sebati dengan corak kehidupan kolot mereka.
Namun, kehadiran Rasulullah s.a.w membawa sinar baru yang menerangi segenap bumi Arab dan dunia mengenai pentingnya menjalani gaya hidup yang suci lagi halal di sisi agama.

Dari awal lagi Rasulullah s.a.w memberi amaran keras kepada umatnya supaya tidak terjerumus ke lembah hina yang amat menjijikkan seperti berzina sehingga melahirkan anak luar nikah.

Namun, ada sesetengah umatnya memandang sebelah mata peringatan itu lantaran ghairah memburu nikmat sementara yang meng�goda jiwa.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Wahai muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya menda�tangkan enam keburukan, tiga di dunia dan tiga lagi di akhirat. Tiga yang diperoleh di dunia adalah hilangnya seri di wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperoleh di akhirat adalah kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim).

Akibat buruk pertama iaitu hilangnya seri wajah membawa maksud seseorang dihilangkan cahaya atau nur keberkatan.

Berlainan dengan raut wajah orang beriman dan beramal soleh, Allah memancarkan nur berseri-seri pada wajahnya sehingga menye�jukkan hati sesiapapun memandangnya.

Penarikan seri pada wajah juga bermakna Allah menghilangkan kurniaan nikmat kepada mereka akibat dosa zina.

Derita kedua di dunia kepada pelaku zina ialah dipendekkan umur. Memang benar apa yang dinyatakan Baginda kerana pada masa kini gejala penyakit kelamin seperti sifilis, penyakit Gonorrhea dan AIDS menjadi penyakit ‘maut’ kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Ratusan ilmuwan sains perubatan dan kesihatan menggembleng idea dan tenaga dalam usaha mencari ubat penawar bagi penyakit itu, namun masih menemui jalan buntu.

Lihatlah kebenaran kata Rasulullah s.a.w itu dan situasi pada masa kini sebagai bukti�nya. Sebab itulah, Allah sendiri memberi amaran sebagaimana Firman-Nya yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.” (Maksud Surah al-Isra’ ayat 32).

Tetapi manusia cepat lupa akan amaran Allah dan peringatan Rasulullah. Jadi, timbulnya pelbagai gejala penyakit kronik berbahaya itu lantaran sikap cuai diri sendiri.

Seksaan di dunia yang ketiga sebagaimana dikatakan Rasulullah ialah mendatangkan kefakiran. Kehidupan seseorang pelaku zina seandainya tidak segera bertaubat dan kembali menjalani kehidupan bermoral akan menyusuri hidup susah dan getir.

Mereka akan ditimpa pelbagai kegawatan yang men�cengkam sumber ekonominya.
Hidup mereka terasa seperti tidak pernah kecukupan, lantaran dihambat kemelesetan sumber kewangan, malah mereka juga pastinya sentiasa dilanda keresahan jiwa yang tidak pernah kesudahan.

Demikian tiga seksa di dunia dan itu belum termasuk lagi azab seksaan yang menanti di akhirat kelak. Justeru, kita perlu mendidik anak dan ahli keluarga dengan pendidikan agama yang mantap sehingga timbul rasa takut dalam diri untuk mendekati zina dilaknat Allah itu.

Walaupun pendidikan Islam menjadi subjek teras sejak dari sekolah rendah hingga ke peringkat menengah, namun keberkesanannya secara menyeluruh belum menampakkan hasilnya.

Bagaimanapun, kita tidak wajar menyalahkan mana-�mana pihak dalam isu penularan seks bebas kerana apa yang lebih mustahak ialah langkah berkesan mencegah secara berkesan.

Langkah pembendungan secara holistik dan kompre�hensif dirasakan wajar disegerakan kerana paparan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejak 2000 hingga Julai 2008 terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa.

Bermakna, terdapat purata sebanyak 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap tahun atau 83.3 kes setiap hari. Angka itu tidak termasuk lagi jumlah bayi yang dibuang, disembunyikan atau yang mati ketika dilahirkan.

Jika diperhalusi kiraan matematiknya, wujud gambaran mengerikan iaitu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat.

Ia fenomena yang dahsyat� yang wajib semua pihak terpanggil bertindak menanganinya. Sekarang, kita teliti pula satu lagi kajian yang dilakukan oleh Durex & Durex yang mengatakan Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mengamalkan seks luar nikah di kalangan remaja dengan catatan purata 62 kali pada 2003 dan meningkat kepada 86 kali hasil kajian 2004.

Lapor kajian itu lagi, kedudukan itu mengatasi Jepun yang hanya mencatatkan 37 kali setahun. Jadi, ia gambaran yang cukup merisaukan kita kerana golongan remaja Muslim juga turut terbabit dalam gejala keji itu.

Menurut pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Fatimah Abdullah, antara punca terjadinya pembabitan remaja Muslim dalam kancah seks luar nikah disebabkan mereka tidak memahami hukum agama dan mengamalkan pergaulan bebas secara melampau.

Gejala anak luar nikah akibat gaya hidup bebas tanpa kawalan sudah menjadi isu global yang boleh dikatakan setiap negara mengalami situasi sama.

Di Amerika Syarikat, dilaporkan terdapat antara 150 hingga 300 bayi baru lahir dibunuh setiap tahun sehinggakan pihak berkuasa di sana terpaksa mewujudkan program ‘Save Have’.

Demikian juga di negara lain dan keadaan itu menggambarkan betapa kronik gaya hidup manusia pada zaman mutakhir ini yang memandang ringan keburukan pergaulan bebas sehingga mencetus kes kelahiran anak luar nikah.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
rencana@hmetro.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s