SWADAYA WANITA : APA HAK SAYA?

Pada ahad yang lalu bersamaan 9 Disember 2012, telah berlangsung sebuah program yang telah dianjurkan oleh SENADA bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor di Dewan Taman Desa Wira, Teluk panglima Garang. Program yang bertajuk “Swadaya Wanita : Apa Hak Saya?”  telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk kawasan Rukun Tetangga Muafakat Batu 9 dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Desa Setia Jaya, Teluk Panglima Garang.

Selain daripada itu, Majlis Perwakilan Pelajar dari IPTA turut hadir dalam majlis ilmuan yang telah SENADA anjurkan bagi memberi pengetahuan kepada wanita berkenaan cara mengakses hak-hak mereka sepertimana yang telah diperuntukkan dalam undang-undang keluarga islam. Selain itu, melalui program ini juga, secara langsungnya telah membuka paltform untuk berdialog mengenai permasalahan wanita dan mencadangkan penyelesaian terbaik. Panel-panel yang mempunyai pengalaman yang tinggi telah dijemput bagi berkongsi ilmu dan memberikan informasi yang sangat penting kepada kumpulan sasar program ini.

Antara ahli panel yang telah dijemput adalah Encik Mohd Saifuldin Bin Aziz@ Abdul Aziz yang merupakan Penolong Pengarah Kanan Pusaka dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Tuan Mohamad Zakian bin Dio yang merupakan Pegawai Penyelidik Ketua Pengarah dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Banyak isu dan permasalahan yang telah berjaya dikupas dalam slot forum undang-undang yangtelah berlangsung selama 2 jam. Penampilan khas daripada Tuan Hushim Bin Haji Salleh yang mengendalikan Slot “Keluarga Bahagia, Jannah Untuk Isteri Soleha” telah memeriahkan lagi program ini.

Program “Swadaya Wanita : Apa Hak Saya” telah berakhir dengan acara perasmian oleh YBhg Dato’ Haji Sulaiman Bin Karli yang merupakan Penyelaras Parlimen Kuala Langat merangkap Pengerusi Mayang.

banner swadaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s