PROGRAM SWADAYA WANITA : APA HAK SAYA?

      Sekretariat Pembelaan Dan Pemerkasaan Wanita Islam ( SENADA) sekali lagi menganjurkan sebuah program yang bertajuk PROGRAM SWADAYA WANITA : APA HAK SAYA? yang bertempat di Dewan Simpang 5, Sungai Besar, Selangor dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang pada 4 Februari 2013 bersamaan 23 Rabiulawal 1434H.

      Program yang bakal dirasmikan oleh YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri  Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ini akan mengetengahkan 5 lot yang berbeza antaranya ceramah pertama yang akan disampaikan oleh Tuan Mohamad Zakian Dio, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang bertajuk ” Hak Anak Menurut Perundangan Islam “. Tajuk kedua yang akan kami ketengahkan pula adalah ” Pemberian Nafkah : Keperluan Atau Kehendak? dimana akan disampaikan oleh Puan Noor Huda Roslan yang merupakan Ketua Pendaftar di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor. Terdapat 3 slot lain yang akan disampaikan oleh beberapa penceramah yang lain disamping penampilan khas oleh  Encik Kamal Affandi Hashim yang merupakan Penganalisis Jenayah di Malaysia dalam Slot Konflik & Permasalahan Jenayah Penderaan.

Dijemput semua untuk menghadirkan diri bagi memeriahkan lagi program ini disamping menimba ilmu yang bakal disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman luas.

Image